Ketua Pengarah JMG, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan resmi ke JMGSWP pada 27 Julai 2017 di mana beliau sempat beramah mesra serta memberi amanat kepada seluruh warga JMGSWP.
JMG SABAH MENERIMA PELAJAR INDUSTRI DALAM JULAI 2017
JULAI 3, 2017 (KOTA KINABALU) ~ Pada 3hb Julai 2017, JMG Sabah telah menerima seramai 15 orang pelajar latihan industri dari dua bidang yang berbeza. Seramai 7 orang pelajar latihan industri dari bidang Geologi telah ditempatkan di Unit Geosains dan Unit Sumber Mineral. Manakala seramai 8 orang pelajar latihan industri dari bidang Kimia telah ditempatkan di Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah.
MAJLIS BERBUKA PUASA JMG SABAH ANJURAN BKKI
KOTA KINABALU, SABAH (21 JUN 2017) : RABU, Badan Kebajikan Kakitangan Islam JMG Sabah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih pada tahun ini. Majlis ini diadakan pada 26 Ramadhan 1438H di JMG Sabah sendiri.
SYABAS BUAT EN. JAINEH KERANA DIPILIH MENGHADIRI KURSUS LUAR NEGARA
KOTA KINABALU, SABAH (19 JUN 2017) : ISNIN, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah mengucapkan setinggi Tahniah dan Syabas buat En. Jaineh Lingi kerana berjaya mengikuti kursus luar negara di IS-Geo of KIGAM, Daejeon, Republic of Korea bermula pada 19 Jun 2017 sehingga 30 Jun 2017.
MAJLIS BERBUKA PUASA PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN
KOTA KINABALU, SABAH (14 JUN 2017) : RABU, Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah menganjurkan majlis berbuka puasa buat semua penjawat awam dibawah persekutuan pada hari ini. Majlis ini diadakan di Pejabat Setiausaha Persekutuan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Mini Putrajaya Kota Kinabalu.