SIMPOMIN 2013

1

Simposium mineral 2013 (SIMPOMIN 2013) telah diadakan pada 12 dan 13 November 2013 yang dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Tema bagi simposium ini ialah β€œMineral is important... towards a high income nation through R&D”. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan apabila Simposium ini berjaya mengumpulkan 180 orang peserta yang terdiri dari ahli akademik, penyelidik, ahli sains, ahli geologi, konsultan, pihak industri dan juga graduan universiti.

Baca selanjutnya

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK TEBOBON KOTA KINABALU SABAH KE JMG SABAH

Seramai 30 pelajar bersama dengan 3 orang guru dari SMK Tebobon Sabah telah membuat lawatan sambil belajar ke JMG Sabah pada 25 Oktober 2013. Lawatan sambil belajar ini dilakukan sempena Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) peringkat sekolah tahun 2013.

 

Lawatan ini disambut mesra oleh kakitangan JMG Sabah yang diketuai oleh En. Fredolin Javino dan dibantu oleh Pn. Jenneth Cyril, En. Nightingale dan En. Arthur Leo. Aktiviti yang terlibat semasa lawatan ini dijalankan adalah Pengenalan JMG & Fungsi dan Perkongsian Ilmu melalui sesi soal jawab antara guru, pelajar dan kakitangan JMG Sabah.