KE ARAH MEMASYARAKATKAN JMG

KE ARAH MEMASYARAKATKAN JMG

Segamat, 21 Oktober 2017 - JMG Johor telah mengambil bahagian dalam pameran sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2017 Peringkat Negeri Johor. Dengan tema ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’, YB Datuk Hj Ayub bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Penerangan dan Pendidikan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjuran yang juga Wakil Rasmi kepada YAB Menteri Besar Johor telah menyempurnakan perasmian HASN 2017 Peringkat Negeri Johor.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 8/2017 DAN MAJLIS PERPISAHAN EN. ABDUL HASIBUL JALIL, EN. WAN MOHD SUBRI DAN PN. NORZA AZUANI

muka depan perhimpunan bulanan bil 82017

Johor Bahru, 12 Oktober 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 8/2017 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dan Majlis Perpisahan En. Abdul Hasibul Jalil, En. Wan Mohd Subri dan Pn. Norza Azuani telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 8/2017 dan Majlis Perpisahan En. Abdul Hasibul Jalil, En. Wan Mohd Subri dan Pn. Norza Azuani untuk rujukan dan makluman semua.

Baca selanjutnya

PAMERAN SEMPENA PROGRAM KARNIVAL KIMIA MALAYSIA(K2M) 2017

PAMERAN SEMPENA PROGRAM KARNIVAL KIMIA MALAYSIA(K2M) 2017

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, SABAH (08 OKTOBER 2017) AHAD : Institut Kimia Malaysia(IKM) telah mengadakan pameran di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan pada 07 Oktober 2017 sempena Karnival Kimia Malaysia(K2M) 2017. Beberapa agensi daripada badan Kerajaan dan NGO turut serta dan mendapat jemputan sempena karnival tersebut. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah adalah salah satu yang menerima jemputan daripada IKM untuk mengikuti pameran tersebut.

 

Baca selanjutnya