Seramai 18 orang kakitangan jabatan telah mengikuti kursus Product Training For The Use Of Diver Measuring Equipment selama 2 hari, iaitu pada 16 dan 17 Januari 2013. Di dalam kursus ini, para peserta dimaklumkan berkenaan sistem penapisan baru.
Taklimat Kesedaran MS ISO 9001:2008 kepada STPM
Satu sesi Taklimat Kesedaran MS ISO 9001:2008 telah dihadiri oleh semua kakitangan Seksyen Teknologi Pemprosesan Mineral (STPM), Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh pada 13 Mac 2013 sebagai persiapan STPM menuju kearah MS ISO 9001:2008 untuk ujian-ujian pemprosesan mineralnya. Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah yang juga merupakan Timbalan Wakil Pengurusan ISO PPM iaitu Dr Rohaya binti Othman. Antara kandungan taklimat beliau adalah:
- Memahami kepentingan kualiti
- Memahami sejarah dan latarbelakang ISO 9001:2008
- Memahami keperluan ISO 9001:2008
- Memahami bagaimana untuk melaksanakan sistem yang telah dibangunkan
- Persediaan untuk persijilan ISO 9001:2008
Pakar Geologi, Geosains Sertai DELSEA II
Kuala Terengganu: Seramai 50 peserta terdiri daripada saintis muda, pakar geologi dan pensyarah bidang geosains menyertai kursus jangka pendek Geologi dan Pengurusan Pantai (DelSEA II) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Kursus selama tiga hari itu dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras Geosains Timur dan Asia Tenggara (CCOP), Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) serta Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT.
'ARTESIAN FLOW'
Penemuan telaga tiub di Telaga KB18 Permyjaya, Miri, Sarawak. Penemuan telaga tiub ini adalah untuk Projek Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut yang sering terbakar.
Video telaga tiub KB 18 : http://youtu.be/bRsbegrSRPk
http://blog.jmg.gov.my/?start=990#sigProIdc2bfb03044
UFILTA R2000 PEOPLE SYSTEM
5 Mac 2013 (Rabu) - Kakitangan jabatan yang terlibat dengan Projek Bantuan Air Luar Bandar (BALB) dan Sumber Air Tanah (SAT) dan daripada Aktiviti Hidrogeologi telah menghadiri ceramah berkenaan produk Ufilta R2000 People System. Ceramah telah disampaikan oleh En. Avinash Gune daripada ASSAR Dagangan Sdn. Bhd. Melalui ceramah ini, para peserta didedahkan kepada unit sistem penapisan yang terbaru.