KOTA KINABALU, SABAH (27 APRIL 2018) : JUMAAT, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Mineral dan Geosains Sabah (KEMG) bergabung tenaga dengan Kelab Badan Kebajikan Kakitangan Islam JMG Sabah (BKKI) untuk mengadakan majlis sambutan bulan kelahiran semua kakitangan warga JMG Sabah. Hasil buah fikiran Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli selaku Timbalan Presiden BKKI, tujuan majlis ini diadakan sempena meraihkan kelahiran warga JMG Sabah dan menghargai mereka.
Mesyuarat Pelarasan Gerak Kerja Pentadbiran dan Kewangan
TAWAU, SABAH (11 APRIL 2018) : Rabu. Mesyuarat Pelarasan Gerak Kerja Pentadbiran dan Kewangan telah dijalankan bertempat di MB Hotel, Tawau. Mesyuarat yang dihadiri seramai 38 orang. Mesyuarat ini melibatkan Ketua Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir, Ketua Kerani dan Kerani Kewangan dari semua JMG Negeri, PPM, BPT dan Ibu Pejabat. Mesyuarat yang dijalankan selama dua hari ini telah dipengerusikan oleh Encik Azalizam Bin Alias, Ketua Pegawai Tadbir Gred M52 membincangkan perihal pentadbiran dan kewangan.
Satu kejutan dalam mesyuarat ini telah dirancang dengan acara memotong kek dan pemberian cendera kenanan kepada Puan Zaiton binti Abdul Latif, Pen. Pegawai Tadbir Gred N29 JMG Perak yang bakal bersara pada awal Disember 2018.
Sesi mesyuarat ditamatkan dengan membawa rombongan meninjau beberapa tempat-tempat menarik sekitar Bandar Tawau dan Bandar Semporna.
Lawatan ke Kawasan (Bassalt Collumnar) Sungai Batu Tersusun, Sungai Balung, Tawau.
Lawatan ke Bandar Semporna, Sabah
http://blog.jmg.gov.my/author/ARIF?start=0#sigProId1bc70db3e9
Persidangan dan Pameran Hari Air Sedunia Negeri Sabah (World Water Day 2018)
KOTA KINABALU, SABAH (21 & 22 Mac 2018) : Rabu & Khamis, 9.00 pagi.
Persidangan dan Pameran Hari Air Sedunia telah dijalankan dengan tema ‘Nature for Water’. Persidangan ini bertujuan untuk meneroka penyelesaian berasaskan alam semulajadi terhadap permasalahan air yang dihadapi dalam abad ke-21. Persidangan ini telah berlangsung selama dua hari di Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu.Persidangan dan pameran yang dianjurkan oleh Jabatan Pengiran dan Saliran Negeri Sabah bersama Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sabah telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman.Dalam persidangan ini, Encik Jaineh Lingi (Pegawai Geosains C44/ Ketua Aktiviti Hidrogeologi) telah dijemput untuk membentangkan kertas pembentangan bertajuk “General Overview of Groundwater Resources in Sabah”. Persidangan ini merupakan acara tahunan United Nation (UN) dan diadakan serentak di seluruh dunia.
http://blog.jmg.gov.my/author/ARIF?start=0#sigProId1411751a0b
Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg. Tangkol, Kota Marudu, Sabah
KOTA MARUDU, SABAH (20 Mac 2018) : Selasa, 8.00 pagi.
Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg. Tangkol yang dianjurkan oleh JMG Sabah dan dengan usahasama Pejabat Daerah Kota Marudu telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Lasiah @ Anita Baranting Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah merangkap ADUN N.5 Tandek. Majlis yang turut dihadiri kiri-kira 500 orang penduduk kampung juga disertai oleh Penolong Pegawai Daerah, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri dan Badan-badan berkanun.
Program Pembangunan Water Balance bagi Pengurusan Sumber Air Negara (Fasa 2), National Waterbalance Management System (NAWABS)
KOTA KINABALU, SABAH (27 Februari 2018) : Selasa, 8.00 pagi. Satu mesyuarat bagi memperincikan skop kerja dan kewangan bagi pembinaan telaga air tanah di bawah peruntukan NAWABS Fasa 2 Bil. 1/2018 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah. Mesyuarat dengan objektif menjalankan kajian dan pembangunan sistem water balance (NAWABS) bagi pengurusan sumber air negara bagi memperkasakan risikan dan maklumat sumber air serta mengoptimumkan pengagihan sumber air berlangsung pada 27 dan 28 Februari 2018. Mesyuarat juga menjuruskan dalam membina keupayaan semua pihak berkepentingan untuk membolehkan penglibatan dan kolaborasi yang berkesan dalam tadbir urus sumber air negara.