SEREMBAN, 12 Jun 2023: Berpeluang mengadakan pengujian salah satu produk REE dari lombong REE di Negeri Sembilan dengan menggunakan REE Test Kit, di hadapan seramai 25 Pegawai Geosains dari pelbagai negeri, PTG Negeri Sembilan, Pengarah Ekonomi Mineral, En. Yusari Basiran dan SUB NRECC.
Demonstrasi Kit Ujian REE
IPOH, 9 Jun 2023: Satu demonstrasi penggunaan REE Test Kit telah diadakan dihadapan beberapa orang kakitangan makmal untuk memberi kefahaman tentang kaedah untuk menguji atau membezakan antara REE Oksalat dan REE Karbonat. Beberapa siri ujian telah diadakan sebelum ini dan kit ujian ini berjaya membezakan kedua-dua jenis kek REE tersebut.
Lawatan PTG Selangor, Kumpulan Semesta Dan Jabatan Perhutanan Selangor Ke Makmal REE
IPOH, 22 Jun 2023: Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menerima lawatan kerja dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Kumpulan Semesta dan Jabatan Perhutanan Selangor ke Makmal Analisa Unsur Nadir Bumi (REE).
Demonstrasi Analisis Isotope Ratio
IPOH, 27 Ogos 2019: Hari ini telah diadakan Demonstrasi Analsis Isotope Ratio bertujuan untuk menentukan usia spesimen berdasarkan ratio Plumbum dan Uranium. Demonstrasi di buat di Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG
Mesyuarat Pelaksana ISMS Bil. 3/2019
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 25 Mac 2019 : Mesyuarat Pelaksana ISMS Bilangan 3/2019 telah diadakan bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan penambahan skop di dalam ISMS. Mesyuarat telah di adakan di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.