TAKLIMAT PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA (PPGN) 2021-2030 DAN PELAN PELAKSANAAN GEOPARK NEGARA (PLGN) DI NEGERI SABAH TAHUN 2023

📍Kota Kinabalu, Sabah
📆 06 Disember 2023
 
JMG dan NRECC telah menganjurkan program taklimat berkaitan PPGN dan PLGN kepada Kerajaan Negeri Sabah yang diwakili oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah.
Taklimat teknikal telah diberikan oleh YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah JMG.
 
Perserta taklimat adalah terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi di Negeri Sabah.
Ini merupakan sesi taklimat yang pertama kepada pihak Kerajaan Negeri semenjak kedua-dua pelan ini dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Ke-42 (MPFN Ke-42) untuk diterima pakai di semua Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan termasuk di Sabah dan Sarawak.
 
Secara dasarnya pihak Kerajaan Negeri Sabah menerima baik akan pemakaian pelan-pelan ini.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan amat lancar. Semoga hubungan yang baik antara pihak JMG dan pihak berkepentingan berkaitan geopark di Negeri Sabah akan terus dijalinkan bagi memastikan kawasan geopark diurus dengan baik dan lestari.

Kunjungan Hormat daripada Hubei Provincial Bureau of Geology (HPBG), China kepada Ketua Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)

📍Ibu Pejabat JMG, Putrajaya
 
Kunjungan hormat ini telah diikuti dengan perbincangan bagi potensi kerjasama dalam bidang geosains antara HPBG dan JMG.
Semoga hubungan yang terjalin ini akan dimanfaatkan bagi perkembangan mineral dan geosains antara kedua belah pihak.

Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah JMG oleh Industrial Innovation Academy (IIA) dan Earth Sciences Consultancy Centre (ESCC), Oman

📆 21 November 2023
 
Kunjungan hormat dan perbincangan dula hala ini akan berkisarkan kepada cadangan kerjasama dua-hala antara IIA dan ESCC / JMG serta peluang dalam industri berasaskan mineral yang boleh diceburi oleh pihak IIA dan ESCC, Oman di Malaysia.
Semoga perhubungan ini akan dapat mengembangkan lagi industri berasaskan mineral di kedua-dua buah negara.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟏-𝟐𝟎𝟑𝟎 (𝐏𝐏𝐆𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏-𝟐𝟎𝟑𝟎) & 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐏𝐋𝐆𝐍) 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐔𝐓𝐂𝐎𝐌𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟐 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟏-𝟐𝟎𝟑𝟎 (𝐏𝐏𝐆𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏-𝟐𝟎𝟑𝟎) & 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐏𝐋𝐆𝐍) 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐔𝐓𝐂𝐎𝐌𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟐 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐎𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐌𝐊𝐞-𝟏𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑
 
PUTRAJAYA, 23 November 2023 - Pada 6 Oktober 2023 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Peluncuran Buku Pelan PPGN 2021-2030 & PLGN yang dirasmikan oleh YBTM NRECC Di Persidangan Antarabangsa IGEM 2023 bertempat Di Pusat Konvesyen KLCC dengan jayanya. Kedua-dua pelan ini juga turut dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri di Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-42 pada 18 September 2023. Oleh itu, sebagai tanda penghargaan serta komitmen tinggi daripada pegawai-pegawai JMG atau kumpulan pakar luar terlibat, Unit Perancangan Geosains (PGS) dan Unit Perancangan & Pemantauan Pembangunan (PPP), Caw. Perancangan dan Pengurusan, Ibu Pejabat telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan yang julung-julung kali diadakan kepada Ahli Pasukan Kerja terlibat PPGN 2021-2030 & PLGN serta kepada Ahli Jawatankuasa Program Penilaian Outcome Tahun 2022.
 
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran wakil pegawai daripada agensi luar penerima sijil terlibat antaranya PLANMalaysia, UKM, JMG Negeri, Pakar Jemputan dan lain-lain.
 
Majlis sijil penghargaan ini telah berjaya disampaikan oleh YBhg. Datuk P.Geol Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

MAJLIS LAMBAIAN KASIH PN FAYE DONNA EDMUND

MAJLIS LAMBAIAN KASIH PN FAYE DONNA EDMUND
MAJLIS LAMBAIAN KASIH PN FAYE DONNA EDMUND
 
Perigi puan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa,
Pergi puan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.
 
Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Faye Donna Edmund diatas segala sumbangan dan bakti beliau sepanjang bertugas di Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat JMG sejak 19 April 2021 yang lalu. Beliau akan bertukar ke Jabatan Mineral & Geosains Malaysia Sabah bagi menemani suami beliau iaitu En. Arthur Clement Makulim yang menghidapi kanser pankreas tahap 4.
 
Campur roti dengan mentega,
Minum kopi tidak bergula,
Sampai jumpa lagi kawan sekerja,
Baik-baik kamu di sana.
 
Memoir beliau disini, ada tawa, duka, penat dan lelah yang pernah dilalui bersama. Semoga ia tak menjadikan kita semakin jauh akibat perpisahan ini. Semoga masih ada bahagia dan rindu saat kita bertemu nanti. Kami warga CEM mendoakan beliau terus kuat dalam menghadapi dugaan ini dan sukses di tempat baru.
 
Buah pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walau jauh di negeri satu,
Hilang di mata, di hati jangan.