Johor Bahru, 28 October 2013 - The 9th International Conference of Geotechnical & Transportation Engineering (Geotropika) and The 1st International Conference on Construction and Building Engineering (Iconbuild) has been successfully conducted on 28-30 October 2013 at Persada Johor International Convention Centre.
Bengkel Permodelan Hidraulik
Johor Bahru, 22 Oktober 2013 - Satu bengkel permodelan hidraulik bagi kajian mengenalpasti potensi pasir di lepas pantai Negeri Melaka telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Kuarza, JMG Johor. Bengkel ini dikendalikan oleh Unit Geologi Marin, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) dengan kerjasama pihak JMG Johor.
GEOMINERS MEWAKILI JMG MALAYSIA DALAM PROGRAM SIMFONI SENI NRE 2013
Putrajaya, 3 September 2013 - Program Simfoni Seni NRE 2013 telah diadakan di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli dan Alam Sekitar dan telah disertai oleh semua Jabatan/Agensi di bawah NRE. Kumpulan yang diberi nama GEOMINERS dari JMG Johor telah mewakili JMG Malaysia dalam program tersebut
Majlis Perhimpunan Bulanan Ogos dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013
Johor Bahru – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 telah diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan Ogos pada 27 Ogos 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza JMG Johor. Mailis ini dimulakan selepas berakhirnya Perhimpunan Bulanan. Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor telah bermurah hati untuk memberi duit raya kepada semua kakitangan, Acara berselawat beramai-ramai mengakhiri majlis sambutan hari raya ini dan seterusnya semua warga JMG Johor menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.
Lawatan Kerja ke Kilang Air Mineral Malee Sdn. Bhd.
Mersing, 22 Ogos 2013 – Unit Geosains JMG Johor telah menganjurkan satu Lawatan Kerja ke Kilang Air Mineral Malee Sdn. Bhd. yang terletak di Mersing, Johor. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberitahu kegunaan air tanah sebagai air mineral semulajadi, proses-proses yang terlibat dalam pembungkusan air mineral dan memberi gambaran kepada kakitangan JMG Johor tentang industri air mineral.