Seremban, 6 Ogos 2013 - Suasana hari raya semakin dirasakan oleh seluruh kakitangan JMG. Justeru itu, kami mewakili seluruh kakitangan di Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan / Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon maaf atas segala salah dan silap. Kami juga mendoakan agar semua sahabat selamat di dalam perjalanan dan semoga Aidil Fitri ini amat bermakna buat kalian semua. Ikhlas dari kami, Warga JMG NSM.
Ceramah Agama Di JMG NSM
Pada 14 Jun 2013 yang lepas, satu Ceramah Agama telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMG NSM. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazri bin Dewa dari Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.
Piala Pengarah JMG NS/M (Pertandingan Dart Berpasukan - Jemputan)
JMG NS/M, 18 – 20 Mac 2013 : Satu pertandingan dart Piala Pengarah JMG NSM telah diadakan di pejabat ini dan telah disertai oleh 10 pasukan dari pelbagai jabatan dari dalam dan luar Negeri Sembilan. Pasukan-pasukan tersebut telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Granite dan Limestone. Kumpulan Granite di anggotai oleh JMG NSM Jade, JMG Selangor / Wilayah Persekutuan, UPEN Negeri Sembilan, Akademi Imigresen 2 dan Pejabat Kewangan Negeri Sembilan manakala Kumpulan Limestone di wakili oleh Majlis Daerah Jelebu, JMG NSM Gold, Jabatan Penjara Seremban, Akademi Imigresen 1 dan JUPEM Negeri Sembilan. JMG NSM telah menghantar 2 pasukan iaitu Gold dan Jade. Pertandingan ini dijalankan secara Round Robin.
Sebagai menyempurnakan pertandingan ini, Tuan Pengarah JMG NSM, En.Mustafar bin Hamzah telah dijemput untuk upacara perasmian. Pertandingan ini berjalan lancar dan persaingan adalah sengit kerana kesemua jabatan menunjukkan permainan yang sangat hebat.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :-
Tempat Pertama - Jabatan Penjara Seremban
Tempat Kedua - JMG NSM Jade
Tempat Ketiga - JMG Selangor / Wilayah Persekutuan
Tempat Keempat - Majlis Daerah Jelebu
Pihak urusetia mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang telah berjaya dan kepada yang tidak berjaya diharap dapat terus berlatih untuk pertandingan akan datang.
Pemilihan Pasukan JMG Malaysia ke Sukan NRE 2013
Ipoh, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) 15-17 Mac 2013 : Seramai 9 orang peserta dari JMG NS/M telah menyertai pemilihan tersebut. Kesemuanya mencuba nasib dalam acara dart yang merupakan acara utama di JMG NS/M. Bilangan peserta lelaki dalam dalam acara ini 16 orang dan 4 orang bagi wanita. Hampir separuh dari keseluruhan acara ini adalah warga JMG NS/M.
MESYUARAT PENGARAH NEGERI BIL 1/2013
KLANA BEACH RESORT, Port Dickson, 12-15 Mac 2013 : JMG NSM telah dilantik menjadi urusetia untuk Mesyuarat Pengarah Negeri Bil 1/2013. Mesyuarat Pengarah Negeri telah diadakan bersekali dengan Mesyuarat Perhubungan Ketua Pengarah , Mesyuarat JPICT, Mesyuarat Pengurusan Utama Jabatan dan Mesyuarat Kelab Induk. Keseluruhan keahlian mesyuarat seramai 29 orang. Sesi Pendaftaran ahli mesyuarat telah dijalankan bermula 12 hingga 14 Mac 2013 kerana ahli mesyuarat hadir secara beperingakat mengikut jadual mesyuarat yang ditetapkan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh, Dato Hj Yunus Bin Abdul Razak, Ketua Pengarah JMG Malaysia. Mesyuarat-mesyuarat telah dijalankan seperti yang dijadualkan di Bilik Mesyuarat , Klana Resort, Port Dickson. Pengarah Pengarah Negeri dan ahli mesyuarat telah dijemput untuk menyertai lawatan ke Muzuim Tentera Darat di Port Dickson pada 14 Mac 2013. Pelbagai input dan pendedahan diperolehi semasa lawatan tersebut terutama berhubung sejarah kepahlawanan tentera di Tanah Melayu. Makulmbalas yang diterima, peserta lawatan sangat tertarik dengan barangan-barangan lama serta peralatan ketenteraan yang dipamerkan di muzuim tersebut, disamping itu peserta lawatan diberi peluang untuk berinteraksi dengan petugas muzium bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan peralatan yang dipamerkan. Untuk mencipta kelainan bagi memperkenalkan citarasa makanan di Negeri Sembilan kepada Ahli Mesyuarat , Urusetia telah mengadakan Majlis Makan Malam pada 14 Mac 2013 di luar hotel iaitu di Restoran Teratai yang terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan. Pelbagai juadah yang bertemakan makanan tradisional Negeri Sembilan seperti Masak Lemak Daging Salai, Tempoyak Daun Kayu dan yang paling istimewa Sate Tulang.