MESYUARAT PENGARAH NEGERI BIL 1/2013

KLANA BEACH RESORT, Port Dickson, 12-15 Mac 2013 : JMG NSM telah dilantik menjadi urusetia untuk Mesyuarat Pengarah Negeri Bil 1/2013. Mesyuarat Pengarah Negeri telah diadakan bersekali dengan Mesyuarat Perhubungan Ketua Pengarah , Mesyuarat JPICT, Mesyuarat Pengurusan Utama Jabatan dan Mesyuarat Kelab Induk. Keseluruhan keahlian mesyuarat seramai 29 orang. Sesi Pendaftaran ahli mesyuarat telah dijalankan bermula 12 hingga 14 Mac 2013 kerana ahli mesyuarat hadir secara beperingakat mengikut jadual mesyuarat yang ditetapkan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh, Dato Hj Yunus Bin Abdul Razak, Ketua Pengarah JMG Malaysia. Mesyuarat-mesyuarat telah dijalankan seperti yang dijadualkan di Bilik Mesyuarat , Klana Resort, Port Dickson. Pengarah Pengarah Negeri dan ahli mesyuarat telah dijemput untuk menyertai lawatan ke Muzuim Tentera Darat di Port Dickson pada 14 Mac 2013. Pelbagai input dan pendedahan diperolehi semasa lawatan tersebut terutama berhubung sejarah kepahlawanan tentera di Tanah Melayu. Makulmbalas yang diterima, peserta lawatan sangat tertarik dengan barangan-barangan lama serta peralatan ketenteraan yang dipamerkan di muzuim tersebut, disamping itu peserta lawatan diberi peluang untuk berinteraksi dengan petugas muzium bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan peralatan yang dipamerkan. Untuk mencipta kelainan bagi memperkenalkan citarasa makanan di Negeri Sembilan kepada Ahli Mesyuarat , Urusetia telah mengadakan Majlis Makan Malam pada 14 Mac 2013 di luar hotel iaitu di Restoran Teratai yang terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan. Pelbagai juadah yang bertemakan makanan tradisional Negeri Sembilan seperti Masak Lemak Daging Salai, Tempoyak Daun Kayu dan yang paling istimewa Sate Tulang.

Pemetaan Geologi Terperinci Projek Borehole Disposal of Disused Sealed Radioactive Sources (BOSS)

Bangi, Agensi Nuklear Malaysia, 11-15 Mac 2013 : Kerja Lapangan Pemetaan Geologi Terperinci Projek Borehole Disposal of Disused Sealed Radioactive Sources (BOSS) telah dijalankan di Agensi Nuklear Malaysia. Projek ini adalah kerjasama antara Agensi Nuklear Malaysia dengan JMG Malaysia. Seramai 10 orang kakitangan JMG Malaysia telah terlibat dalam projek ini yang di ketuai oleh Encik Mohamad Hussein Jamaluddin, Ketua Pegawai Kajibumi Bahagian Perkhidmatan teknikal (BPT). JMG NS/M telah menghantar 4 orang wakil iaitu En. Khaddi Abdullah, En. Saiful Azwan Kassim, En. Azree Abu Bakar, En. Shahrizal Abu Bakar sebagai kakitangan sokongan yang turut membantu dalam kerja lapangan tersebut.

Lawatan Kerja Ke JMG Johor

Johor Baharu, 1 -2 Mac 2013 : Seramai 15 orang delegasi dari JMG NS/M telah menyertai lawatan ini. Perjalanan dimulakan dengan lawatan tapak lombong pasir di kawasan mukim Sg. Tiram lebih kurang 15km dari bandar Ulu Tiram. Tapak lombong ini mengandungi warisan geologi yang begitu bernilai iaitu fosil kayu terpatri. Banyak perkara dapat dipelajari melalui penerangan dari Pegawai Kajibumi Johor serta latihan di lapangan. Lawatan mahabbah ke JMG Johor adalah untuk mengeratkan silatuurrahim sesama kakitangan JMG. Lawatan ini dimeriahkan dengan sukan antara JMG NS/M vs JMG Johor sebagai acara kemuncak.

Pertandingan Dart Perseorangan Wanita JMG NS/M

JMG NS/M, 1-29 Februari 2013 : Seramai 8 orang pemain telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Dart Perseorangan Wanita JMG NS/M kali ini. Pertandingan ini berlangsung agak lama kerana kekangan masa masing-masing. Akan tetapi dapat dihabiskan juga dalam masa yang diperuntukkan. Tujuan lain pertandingan ini di adakan adalah untuk memilih pemain untuk menganggotai Team JMG NS/M dalam Kejohanan Dart Jemputan Berpasukan Piala Pengarah JMG NS/M. Kesemua Sri Kandi JMG NS/M telah bertarung bermati-matian menunjukan kehebatan masing-masing. Keputusannya Pertama (Norhayati Rawi) Ke-2 ( Nazalina Khamis) joint 3 & 4 (Suriayati Shamsuri & Norhasyikin Abu Talib).

KESMiG - Kejohanan Bowling Beregu Campuran JMG NS/M

Seremban Parade, Khamis (07 Februari 2013) : Kelab Sukan dan Kebajikan JMG NS/M (KESMiG) telah menganjurkan Kejohanan Bowling Bergu Campuran tertutup JMG NS/M. Sejumlah 16 pasangan telah menyertai kejohanan ini. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pengarah JMG NS/M. Pertandingan ini telah dijalankan dalam suasana yang harmonis. Bermacam-macam gaya balingan dapat diperhatikan yang membuatkan suasana riuh dengan gelak-tawa. Keputusannya pasangan En Mohd. Nizam Noordin & Puan Nurulhuda Ismail (Pertama) , En. Azree Abu Bakar & En. Esa Abd. Rahman (Kedua) , Jefri Mohamad & Zamani Saidin (ketiga) manakala kategori perseorangan En Nizam Noordin ( lelaki ) & Norhasyikin ( Perempuan ).