Lawatan Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi ) Ke JMG NSM

24 Feb 2014,Isnin - Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Negeri Sembilan dan Melaka telah menerima  kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) iaitu Tn. Hj. Mustapha Bin Mohd Lip sempena Taklimat Perlesenan Lesen  Bijih Mineral dan Penyerahan  MOL  kepada pemegang- pemegang lesen.

Dikesempatan ini, satu sesi perjumpaan antara TKPO dan kakitangan JMG NSM telah diadakan dan beliau telah dapat berkenalan dengan kakitangan JMG NSM serta dapat bertemu bual dan beramah mesra dengan semua kakitangan disini.

Kami sebagai warga JMG NSM mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian beliau meluangkan masa bersama kami dan kedatangan TKPO pada masa akan datang ke JMG NSM adalah amat dialu-alukan.

Majlis Perhimpunan Bulanan & Sambutan Hari Inovasi 2013

11-12 Disember 2013, Majlis perhimpunan bulanan dan sambutan hari inovasi telah diadakan di Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Sembilan Dan Melaka.Majlis tersebut telah berlangsung selama dua hari yang melibatkan pelbagai aktiviti iaitu pertandingan Kumpulan Kreatif dan Inovasi (KIK), persembahan koir, jemputan luar dari Geo-solution Resources Sdn. Bhd. dan Penyampaian Anugerah Pekerja Terpilih 2013 dengan slogan 'Budaya Inovasi Pemacu Transformasi Tekini'.

Baca selanjutnya

Pameran Sempena Persidangan Pentadbir Tanah Ke-20

Melaka, 30 September 2013 - JMG Negeri Sembilan dan Melaka bersama JMG Ibu Pejabat telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Persidangan Pentadbir Tanah ke-20 anjuran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian ( JKPTG ) yang bertempat di Hotel Holiday Inn, Melaka. Program yang telah berlangsung selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung. Selain daripada JMG, terdapat beberapa jabatan lain yang telah turut serta dalam pameran tersebut, antaranya adalah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ( JPSM ), Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah Melaka, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) dan JKPTG. Sambutan dari semua pihak terutamanya pihak hotel, penganjur dan peserta persidangan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Seremban, 6 Ogos 2013 - Suasana hari raya semakin dirasakan oleh seluruh kakitangan JMG. Justeru itu, kami mewakili seluruh kakitangan di Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan / Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon maaf atas segala salah dan silap. Kami juga mendoakan agar semua sahabat selamat di dalam perjalanan dan semoga Aidil Fitri ini amat bermakna buat kalian semua. Ikhlas dari kami, Warga JMG NSM.

Piala Pengarah JMG NS/M (Pertandingan Dart Berpasukan - Jemputan)

 

 

 

JMG NS/M, 18 – 20 Mac 2013 : Satu pertandingan dart Piala Pengarah JMG NSM telah diadakan di pejabat ini dan telah disertai oleh 10 pasukan dari pelbagai jabatan dari dalam dan luar Negeri Sembilan. Pasukan-pasukan tersebut telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Granite dan Limestone. Kumpulan Granite di anggotai oleh JMG NSM Jade, JMG Selangor / Wilayah Persekutuan, UPEN Negeri Sembilan, Akademi Imigresen 2 dan Pejabat Kewangan Negeri  Sembilan manakala Kumpulan Limestone di wakili oleh Majlis Daerah Jelebu, JMG NSM Gold, Jabatan Penjara Seremban, Akademi Imigresen 1 dan  JUPEM Negeri Sembilan. JMG NSM telah menghantar 2 pasukan iaitu Gold dan Jade. Pertandingan ini dijalankan secara Round Robin.

Sebagai menyempurnakan pertandingan ini, Tuan Pengarah JMG NSM, En.Mustafar bin Hamzah telah dijemput untuk upacara perasmian. Pertandingan ini berjalan lancar dan persaingan adalah sengit kerana kesemua jabatan menunjukkan permainan yang sangat hebat.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :-

Tempat Pertama - Jabatan Penjara Seremban

Tempat Kedua - JMG NSM Jade

Tempat Ketiga - JMG Selangor / Wilayah Persekutuan

Tempat Keempat - Majlis Daerah Jelebu

Pihak urusetia mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang telah  berjaya dan kepada yang tidak berjaya diharap dapat terus berlatih untuk pertandingan akan datang.

 

 

 

Pemilihan Pasukan JMG Malaysia ke Sukan NRE 2013

 

 

 

Ipoh, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) 15-17 Mac 2013 : Seramai 9 orang peserta dari JMG NS/M telah menyertai pemilihan tersebut. Kesemuanya mencuba nasib dalam acara dart yang merupakan acara utama di JMG NS/M. Bilangan peserta lelaki dalam dalam acara ini 16 orang dan 4 orang bagi wanita. Hampir separuh dari keseluruhan acara ini adalah warga JMG NS/M.

 

 

 

MESYUARAT PENGARAH NEGERI BIL 1/2013

KLANA BEACH RESORT, Port Dickson, 12-15 Mac 2013 : JMG NSM telah dilantik menjadi urusetia untuk Mesyuarat Pengarah Negeri Bil 1/2013. Mesyuarat Pengarah Negeri telah diadakan bersekali dengan Mesyuarat Perhubungan Ketua Pengarah , Mesyuarat JPICT, Mesyuarat Pengurusan Utama Jabatan dan Mesyuarat Kelab Induk. Keseluruhan keahlian mesyuarat seramai 29 orang. Sesi Pendaftaran ahli mesyuarat telah dijalankan bermula 12 hingga 14 Mac 2013 kerana ahli mesyuarat hadir secara beperingakat mengikut jadual mesyuarat yang ditetapkan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh, Dato Hj Yunus Bin Abdul Razak, Ketua Pengarah JMG Malaysia. Mesyuarat-mesyuarat telah dijalankan seperti yang dijadualkan di Bilik Mesyuarat , Klana Resort, Port Dickson. Pengarah Pengarah Negeri dan ahli mesyuarat telah dijemput untuk menyertai lawatan ke Muzuim Tentera Darat di Port Dickson pada 14 Mac 2013. Pelbagai input dan pendedahan diperolehi semasa lawatan tersebut terutama berhubung sejarah kepahlawanan tentera di Tanah Melayu. Makulmbalas yang diterima, peserta lawatan sangat tertarik dengan barangan-barangan lama serta peralatan ketenteraan yang dipamerkan di muzuim tersebut, disamping itu peserta lawatan diberi peluang untuk berinteraksi dengan petugas muzium bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan peralatan yang dipamerkan. Untuk mencipta kelainan bagi memperkenalkan citarasa makanan di Negeri Sembilan kepada Ahli Mesyuarat , Urusetia telah mengadakan Majlis Makan Malam pada 14 Mac 2013 di luar hotel iaitu di Restoran Teratai yang terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan. Pelbagai juadah yang bertemakan makanan tradisional Negeri Sembilan seperti Masak Lemak Daging Salai, Tempoyak Daun Kayu dan yang paling istimewa Sate Tulang.