KOTA MARUDU, SABAH (19 MAC 2018) : ISNIN, Unit Perkhidmatan Makmal Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Migrasi MS ISO/IEC 17025:2017 bertempat di GL Hotel, Kota Marudu.
Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg. Tangkol, Kota Marudu, Sabah
KOTA MARUDU, SABAH (20 Mac 2018) : Selasa, 8.00 pagi.
Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg. Tangkol yang dianjurkan oleh JMG Sabah dan dengan usahasama Pejabat Daerah Kota Marudu telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Lasiah @ Anita Baranting Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah merangkap ADUN N.5 Tandek. Majlis yang turut dihadiri kiri-kira 500 orang penduduk kampung juga disertai oleh Penolong Pegawai Daerah, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri dan Badan-badan berkanun.
LAWATAN TAPAK PERMOHONAN TELAGA TIUB DI KG. LABUAN DAN KG. SEMBIRAI, KOTA BELUD, SABAH
KOTA BELUD, SABAH (21 MAC 2018) : RABU, Satu lawatan tapak permohonan telaga tiub telah dijalankan di Kg. Labuan dan Kg. Sembirai, Kota Belud, Sabah.
PERSIAPAN PERASMIAN TELAGA TIUB DAN PROGRAM KESEDARAN AWAM DI KG TANGKOL KOTA MARUDU, SABAH
KOTA MARUDU, SABAH (19 MAC 2018) : ISNIN, Pada 18 dan 19 Mac 2018 merupakan tugas-tugas persiapan akhir untuk program dan majlis Perasmian Telaga Tiub di Kg. Tangkol, Kota Marudu, Sabah.
LAWATAN TAPAK AKTIVITI GEOLOGI WARISAN
KOTA BELUD, SABAH (18 MAC 2018) : AHAD, Aktiviti Geologi Warisan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG) telah mengadakan satu lawatan tapak di beberapa kawasan Kota Belud pada 15hb. Mac hingga 17hb. Mac yang lepas. Objektif lawatan ini adalah untuk mengenalpasti lokasi cadangan geotapak bagi "Aspirasi Geopark Kinabalu 2018".