PERHIMPUNAN BULANAN JMG SABAH BIL 1/2018

PERHIMPUNAN BULANAN JMG SABAH BIL 1/2018

KOTA KINABALU, SABAH (31 JANUARI 2018) : RABU, Seperti tahun-tahun yang sudah, JMG Sabah akan mengadakan majlis perhimpunan setiap bulan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara majikan dan kakitangan selain  mendengar informasi daripada ucapan tuan pengarah JMG Sabah. Januari 2018 merupakan perhimpunan bulanan yang pertama (Perhimpunan Bil. 1/2018) yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Maklumat dan bertempat di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah.

Seperti biasa perhimpunan bulanan akan dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Ebahrim bin Bedin (Pembantu Geosains Kanan 26) wakil daripada Unit Pengurusan Maklumat diikuti olah nyanyian 4 buah lagu rasmi JMG Sabah iaitu, Negaraku, Sabah Tanah Airku, Perkhidmatan Awam dan Warga JMG. Acara diteruskan lagi dengan pengucapan awam oleh 3 orang pegawai JMG Sabah dan taklimat ringkas oleh En. Redzuan bin Ahmad Banjar.

Acara seterusnya ucapan amanat tuan Pengarah JMG Sabah. Dalam amanat beliau, mengumumkan beberapa perubahan dan kedudukan serta kenaikan pangkat beberapa orang pegawai JMG Sabah. Warga JMG Sabah mengucapkan Tahniah buat pegawai-pegawai JMG Sabah yang dinaikkan posisi jawatan dalam organisasi. Penyampaian surat penempatan baru buat semua pegawai-pegawai tersebut disempurnakan oleh tuan Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli sendiri.

Dalam majlis perhimpunan kali ini juga diselitkan acara sambutan ulang tahun kelahiran bagi kakitangan yang lahir pada bulan Januari. Sambutan ulang tahun kelahiran ini bertujuan bagi mengingati hari penting setiap kakitangan JMG Sabah dan ini atas dasar usaha Presiden KEMG Sabah En. Jaineh Lingi danTimbalan Presiden BKKI JMG Sabah Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli.

Warga JMG Sabah mengucapkan selamat hari lahir buat semua kakitangan JMG Sabah kelahiran bulan Januari, semoga semua mereka diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kerjaya di JMG Sabah.

Sedikit gambar kenangan dikongsikan.

Sumber Photo : En. Peter Suking

noven

p2

p3

p4

p5

p6

p7

p8

p9

 

 

 

MESYUARAT AJK PENILAIAN SEMULA KEPERLUAN RUANG STOR JMG SABAH BIL.1/2018

MESYUARAT AJK PENILAIAN SEMULA KEPERLUAN RUANG STOR JMG SABAH BIL.1/2018

KOTA KINABALU, SABAH (1 FEBRUARI 2018) : KHAMIS, Jam 9.00 pagi satu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Penilaian Semula Keperluan Ruang Stor JMG Sabah Bil.1/2018 yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JMG Sabah, Tuan Hj. Abdul Kadir bin Ahmad telah diadakan di bilik mesyuarat Magnetite, tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah.

AJK ini dilantik bertujuan untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian berhubung dengan keperluan ruang stor di JMG Sabah. Antara AJK yang telah dilantik ialah Tn. Hj. Japili Samin, Tengku Zainal Abidin, En. Herorisan Paruka, En. Nickolas Sindam, Pn. Normi Adok, Pn. K. Halimah Alis, Pn. Winnie Juakim dan Pn. Suriani Ramlee.

1a edit

1b edit

1c edit

1d edit

 

edit 2

20180201 103845 edit

SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PERSIAPAN PERSARAAN KAKITANGAN OLEH WAKIL CIMB PRINCIPAL

SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PERSIAPAN PERSARAAN KAKITANGAN OLEH WAKIL CIMB PRINCIPAL

KOTA KINABALU, SABAH (30 JANUARI 2018) : SELASA, Pada jam 9.00 pagi pada hari tersebut satu seminar telah diadakan di Dewan Nephrite, JMG Sabah. Tajuk seminar tersebut adalah "Pengurusan Kewangan Untuk Persiapan Persaraan Kakitangan" yang telah disampaikan oleh En. Micheal Sulukan selaku penceramah daripada wakil CIMB PRINCIPAL.

 

 

Seramai 38 orang warga JMG Sabah telah menghadiri seminar berkenaan. Timbalan Pengarah JMG Sabah, Tn. Hj. Abdul Kadir Ahmad turut hadir dalam seminar ini dan beliau telah memberikan ucapan kata alu-aluan kepada pihak CIMB Principal serta peserta-peserta seminar. Pihak CIMB Principal juga turut dihadiri oleh dua orang pegawai bank iaitu En. Nicholson Jounis dan En. Micheal Tanjung.
Sedikit info dalam seminar tersebut:

Terdapat 3 faktor penyimpanan yang perlu diambikira iaitu:
1. Selamat daripada sebarang penipuan/kehilangan sumber simpanan pendapatan
2. Boleh diambil bila-bila masa apabila diperlukan semasa kecemasan berlaku
3. Pertumbuhan modal berterusan dari masa ke masa

Sumber Gambar : En. Peter Suking
Sumber Maklumat : Pn. Suriani binti Ramlee

TAHNIAH BUAT KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA

KOTA KINABALU, SABAH (1 FEBRUARI 2018) : KHAMIS, Warga JMG Sabah mengucapkan setinggi Tahniah buat Ketua Pengarah JMG Malaysia Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi atas pengurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah pada hari ini.

Petikan daripada Berita Harian :

370 dapat pingat sempena Hari Wilayah

PUTRAJAYA: Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Samsudin Osman mendahului senarai 370 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.

Bekas Ketua Setiausaha Negara itu dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Seramai 22 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan.

Penerima lain, termasuk Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Puan Sri Rohani Abdullah; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd Zuki Ali; Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr S Jeyaindran.

Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Datuk Ahmad Husni Hussain; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki; Ketua Setiausaha Sulit Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pelaksanaan Projek Awam (PPEU), JPM, Datuk Nazirruddin Abd Rahman; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Najmuddin Mohd; Ketua Polis Ketua Lumpur, Datuk Mazlan Lazim; Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, Datuk Dr Chai Kee Kan.

Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid; Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Rotol Group of Companies, Datuk Chua Kah Seng; Pengarah Urusan Maxim Holdings Sdn Bhd, Datuk Gan Seong Liam; Datuk Lim Ah Nge dari Malaysia Lim Chamber Of Commerce dan Datuk Rahim Ismail dari Repsol Oil & Gas Malaysia Limited.

Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Kamaruddin Ambok; Pengerusi Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Yew Teong Look serta Pengasas dan Pengarah Urusan Platinum, Victory Development Sdn Bhd, Datuk Gan Yu Chai.

69 terima anugerah PMW

Sementara itu, 69 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, termasuk Setiausaha Bahagian (Bahagian Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, Muhammad Azmi Mohd Zain; Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr Ashhar Khalid; Akauntan Negara, Saat Esa.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), Datuk Md Arif Mahmood; Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani dan Pengerusi Eksekutif Westports Holdings Bhd, Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah.

Timbalan Ketua Pengarah I, Bahagian Penyelidikan JPM, Khairul Shahril Idrus; Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Komoditi) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zurinah Pawanteh; Pengarah Kanan Perancangan Strategik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Khoo Boo Seng.

Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pengkomersialan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kua Abun; Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan; Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Shahar Effendi Abdullah Azizi.

Yang turut menerima PMW ialah Tokoh Agama dan Pendakwah Bebas, Norhafizah Musa; Konduktor dan Guru Vokal, Syafinaz Selamat; Pengarah Muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, Mustafa Fuzer Nawi; Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan, Onn Hafiz Ghazi; EXCO Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin dan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Labuan, Abdul Rahman Lamudin.

Seramai 39 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 71 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 74 individu menerima anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 94 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Iktiraf sumbangan

Dua orang kurang upaya (OKU) turut diberi penghargaan, iaitu Silatul Rahim Dahman yang dikurnia KMW dan Ong Shin Ruenn menerima pingat PPW, masing-masing mewakili Yayasan Orang Buta Malaysia dan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia.

Yang turut menerima AMW ialah Ketua Biro Harian Metro Putrajaya, Hayati Ibrahim dan Penolong Ketua Biro Kosmo Putrajaya, Junhairi Alyasa.

Dua lagi petugas media di Putrajaya menerima PPW, iaitu jurufoto NSTP, Mohd Fadli Hamzah dan jurufoto Makkal Osai, V Raman Kutty, selain Setiausaha Akhbar kepada Menteri Belia dan Sukan, Regina Lee.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008 adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Penganugerahan ini bukan sahaja diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan namun turut mengiktiraf mereka yang tidak bermastautin tetapi menabur bakti kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.

edit 1

edit 2

edit 3

edit 4

MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YAASIN BIL. 1/ 2018 BKKI JMG SABAH

MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YAASIN BIL. 1/ 2018 BKKI JMG SABAH

KOTA KINABALU (26 JANUARI 2018) : JUMAAT, Dengan rasa penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T , Badan Kebajikan dan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sabah telah menyempurnakan Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin di Dewan Nephrite JMG Sabah pada jam 9.00 pagi. 

Bacaan Yaasin dan Tahlil ringkas tadi telah dipimpin oleh Ustaz Faiz bin Ramle. Tuan Pengarah JMG Sabah, En. Mohd. Yusop bin Ramli juga turut hadir bagi memberikan sokongan pada majlis tersebut. Bacaan Yaasin dan Tahlil ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama musilimin dan muslimat JMG Sabah. Program ini telah dirancang dalam mesyuarat Jawatankuasa BKKI JMG Sabah 2017 yang lepas dan telah dicadangkan untuk dimasukkan dalam takwim program BKKI 2018.

Dalam majlis ini juga pihak BKKI telah memberikan sumbangan ikhlas kepada En. Jeli Pog atas pemergian bonda tersayang. Di samping itu, pihak BKKI turut memberikan cenderahati kepada Ustaz Faiz. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah JMG Sabah.

 

 

2