PULAU PINANG (25 JANUARI 2018) : KHAMIS, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang telah mengadakan satu bengkel selama 2 hari pada 24 dan 25 Januari 2018 bertempat di dalam kampus itu sendiri. Bengkel tersebut bertajuk "Workshop on Low Altitude UAV Photogrammetry for Engineers and Geoscientists" yang dihadiri oleh pegawai geosains dari JMG Sabah iaitu En. Bailon Golutin.
Mesyuarat Aktiviti Mineral Berlogam Bil.1/2018
Kota Kinabalu, Sabah : 24 Januari 2018 (Rabu) - Mesyuarat Aktiviti Mineral Berlogam Bi.1/2018 telah diadakan pada jam 9 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Sumber Mineral, JMG Sabah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Jenneth Cyril selaku Ketua Aktiviti Mineral Berlogam. Turut hadir dalam mesyuarat ini, En. Cleafos Totu (Pegawai Geosains), En. Mison Bin Ajum (Pegawai Geosains), En. Adyrean Edero Jingkah (Pen. Pegawai Geosains), En. Hj. Japili Samin (Pembantu Geosains), dan En. Daigo Intang (Pembantu Geosains).
UPACARA MEMPERINGATI MANGSA-MANGSA PERANG DI PETAGAS
PETAGAS, SABAH (21 JANUARI 2018) : AHAD, 7.30 pagi. Satu Upacara Memperingati Mangsa-Mangsa Perang di Tugu Peringatan Petagas telah berlangsung bagi menghargai pengorbanan, keberanian dan kesetiaan para pahlawan kita ketika berjuang untuk mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan selaku wakil kepada YAB Ketua Menteri Sabah menjadi tetamu kehormat pada majlis ini. YB Datuk Hjh. Zainab binti DSP Hj. Ahmad Ayib (Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Sabah, YB Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ketua Pengarah DBKK, antara yang hadir selain Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Upacara yang berlangsung selama lebih kurang dua jam ini, menyaksikan upacara tabik hormat dan istiadat meletakkan karangan bunga di Tugu Peringatan.
Kakitangan JMG Sabah turut menerima jemputan untuk hadir ke upacara ini, di antaranya ialah Tuan Mohd Yusop bin Ramli (Pengarah JMG Sabah), Encik Paulus Godwin (KUGS), Encik Eddie Affandy bin Mohd Yuslee (KUPM), Dr. Frederik F. Tating (KAGK), Puan Jenneth Cyril (KA-MBL), Encik Morius Bantas (KA-EG), Puan Besty J. Adim (Pen. Juruukur), Puan Carrie Joe (Setiausaha Pejabat) dan Encik Mohd Azrol bin Mohd Hanaffi (Pemb. Operasi/Pemandu).
DIALOG TRANSFORMASI NASIONAL 2050 (TN50)
TUARAN, SABAH (22 JANUARI 2018): ISNIN Jam 2.00 petang, satu program yang berlangsung di Kampus INTAN Sabah, Jalan Tuaran, Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mendengar Aspirasi Rakyat khususnya di negeri Sabah ini.
TAKLIMAT DAN PEMBENTANGAN WAKIL JMG SABAH KEPADA PIHAK SESB
KOTA KINABALU, SABAH (19 JANUARI 2018), JUMAAT : Satu sesi taklimat dan pembentangan berkenaan kejadian tanah rumah di kawasan Sepanggar telah diadakan di Wisma SESB yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan (Bahagian Transmisi) SESB, Pn. Ir Racheal Lim.
JMG Sabah diwakili oleh Dr. Frederick Francis Tating (Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan) telah membentangkan punca kejadian tanah runtuh di kawasan Sepanggar yang melibatkan menara elektrik SESB di sana. Turut hadir En. Ahmad Khairut Termizi dan En. Goh Khean Seong (Pegawai Geosains, JMG Sabah). Antara yang membuat pembentangan dalam taklimat tersebut adalah kakitangan SESB sendiri dan wakil daripada Suruhanjaya Tenaga.
Foto Udara Kawasan Sepanggar
Taklimat oleh Dr Frederick Francis Tating
Gambar semasa lawatan tapak, di belakang menunjukkan di mana tiang menara menjadi bengkok.
Sumber Photo : En. Goh Khean Seong
Sumber Maklumat : En. Ahmad Khairut Termiz dan En. Goh Khean Seong