SESI LIBAT URUS MyGEMS BERSAMA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN

SESI LIBAT URUS MyGEMS BERSAMA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN
Sesi libat urus MyGEMS telah diadakan pada hari ini, 20hb Oktober 2023 bertempat di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Selangor/Wilayah Persekutuan.
Sesi tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, Pengarah JMG Selangor/Wilayah Persekutuan. Kehadiran warga JMG Selangor/Wilayah Persekutuan amat menggalakkan.

MESYUARAT PEMURNIAN LAPORAN TAHUNAN MINERAL JMG 2022

MESYUARAT PEMURNIAN LAPORAN TAHUNAN MINERAL JMG 2022

Cawangan Ekonomi Mineral (CEM) sedang mengadakan Mesyuarat Pemurnian Laporan Tahunan Mineral JMG 2022 yang bermula pada 16 Oktober sehingga 1 November 2023. Tujuan mesyuarat pemurnian ini adalah untuk membuat verifikasi, menyemak dan meneliti data-data mineral negeri supaya relevan dan boleh digunapakai dalam pembangunan industri mineral negara. Pemurnian ini melibatkan 5 laporan tahunan mineral bagi tahun rujukan 2022 iaitu Malaysian Mineral Yearbook (MYB), Malaysian Mining Industries (MMI), Directory of Industrial Mineral Production (IMP), Directory of Mineral-based Industries (MBI) dan Malaysian Mineral Trade Statistics (MINTRADE).

BENGKEL ASAS PENYEDIAAN PETA SUMBER MINERAL NEGERI

BENGKEL ASAS PENYEDIAAN PETA SUMBER MINERAL NEGERI

Peta sumber mineral negeri ini memaparkan maklumat lokasi sumber mineral yang berpotensi untuk dibangunkan daripada hasil kajian JMG secara terperinci termasuk lokasi potensi unsur nadir bumi (NRREE). Taklimat asas penyediaan peta sumber mineral ini telah disampaikan oleh En. Iszaynuddin Abd. Hamid dan dibantu oleh Cik Hidayah Harin.

MESYUARAT PERANCANGAN KERJA-KERJA PENGGERUDIAN DAN LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK ECER SUSULAN SGA

MESYUARAT PERANCANGAN KERJA-KERJA PENGGERUDIAN DAN LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK ECER SUSULAN SGA

Satu mesyuarat pemajuan perkhidmatan penggerudian bagi kajian potensi zon anomali bijih besi telah diadakan di SK Punan, Kahang yang melibatkan penggerudian dua buah lubang dalam dengan kaedah wireline drilling berserta persampelan di Kahang, Daerah Kluang, Johor. Mesyuarat ini turut membabitkan sinergi daripada En. Yusari Bin Basiran, Tn. Hj. Nizarulikram bin Abdul Rahim, Tn. Hj. Noorazhar Ngatimin, Tn. Hj. Shari bin Ismail dan En. Zamzuri bin Ghazalee serta beberapa pegawai lain.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN PENGLIBATAN PROGRAM MyGDI KEPADA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN PENGLIBATAN PROGRAM MyGDI KEPADA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah tersenarai sebagai penerima penghargaan penglibatan Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) sebagai Agensi Pembekal Data (APD) sempena Simposium Maklumat Geopastial Kebangsaan (NGIS) Ke-9 yang berlangsung pada hari ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Β 
Majlis penyerahan sijil penghargaan telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) kepada YBrs. Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JMG