LAWATAN TEKNIKAL KEMENTERIAN EKONOMI (KE) KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

Satu lawatan teknikal Kementerian Ekonomi (KE) telah diadakan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) pada hari ini. Delegasi KE diketuai oleh YBrs. En. Che Kodir bin Baharum, Pengarah Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli (BEASSA), Kementerian Ekonomi.
ย 
Lawatan ini bertujuan memantau aktiviti-aktiviti R&D yang dijalankan di PPM. Di samping itu, ia juga sebagai platform bagi pegawai penyelidik untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada Kementerian dan Ibu Pejabat JMG tentang aktiviti-aktiviti R&D yang telah dan akan dijalankan di PPM.

LAWATAN KE PROJEK PERINTIS PERLOMBONGAN NON RADIOACTIVE-RARE EARTH ELEMENT (NR-REE), GERIK, PERAK

Lawatan ini dihadiri oleh YBrs. Encik Che Kodir bin Baharum, Pengarah Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Ekonomi, YBrs. P.Geol. Dr. Abdullah bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah JMG, Pengarah-pengarah dari Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan JMG ke Tapak Lombong Project Perintis Ion-Adsorption Clay REE pertama di Malaysia.
ย 
MCRE Resources Sdn. Bhd. merupakan operator Lombong NR-REE dan mula beroperasi sejak September 2022 sehingga kini.
Taklimat ringkas berkenaan pengekstrakan lantanida jerapan ion secara larut resap in-situ (In-Situ Leaching) sehingga ke pemprosesan bijih untuk menghasilkan lantanida karbonat sebagai produk akhir telah diberikan dan ditunjukkan di lapangan.

BUKU PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 DAN PELAN PELAKSANAAN GEOPARK NEGARA DILANCAR

YB Datoโ€™ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menyempurnakan Majlis Peluncuran Buku Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 (PPGN 2021-2030) dan Pelan Pelaksanaan Geopark Negara (PLGN) di International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2023, (IGEM) 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) hari ini.
Penerbitan kedua-dua pelan ini merupakan inisiatif Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dalam memperkasa agenda pembangunan dan pengurusan geopark negara dan perlu dirujuk serta diguna pakai dalam semua perancangan pembangunan fizikal negara.