PAMERAN & POCKET TALK DI iGEM 2023

PAMERAN & POCKET TALK DI iGEM 2023
Sempena International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (iGEM) 2023 juga telah diadakan sesi Pocket Talk.
Β 
Sebanyak 14 slot Pocket Talk telah dibentangkan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).
Β 
Sesi Pocket Talk ini ditawarkan kepada agensi-agensi di bawah NRECC untuk berkongsi kepada para pelabur, pelawat dan pemain industri berkenaan dengan inisiatif, polisi, insentif, produk dan projek-projek yang dilaksanakan oleh setiap agensi.

Mesyuarat Penyediaan Pelan Pengurusan Bencana Geologi Negara (PBGN) Bil. 2/2023

Mesyuarat Penyediaan Pelan Pengurusan Bencana Geologi Negara (PBGN) Bil. 2/2023
Sesi sumbang saran ini dihadiri oleh wakil-wakil Ahli Kumpulan Teras Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi (GKBG) JMG serta panel penasihat yang terdiri dari Pengarah JMG Selangor/W.Persekutuan, Pengarah JMG Sabah dan Timbalan Pengarah, Unit Perancangan Geosains JMG.
Β 
Tujuan sesi ini adalah merangka Pelan PBGN yang akan menjadi panduan dan rujukan utama dalam pelaksanaan Pusat Bencana Geologi Negara yang dijadualkan beroperasi pada akhir tahun ini.

LAWATAN KAEDAH MELOMBONG BAWAH TANAH DI LOMBONG HONEST SAM CHAAH, JOHOR

LAWATAN KAEDAH MELOMBONG BAWAH TANAH DI LOMBONG HONEST SAM CHAAH, JOHOR

Jawatankuasa Sumber Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan lawatan ke Lombong Honest Sam Chaah, Johor. Seramai 20 orang ahli JKSM JMG Malaysia telah hadir. Ahli terdiri daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral JMG, kesemua Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Malaysia, ketua projek Sumber Mineral JMG.

MESYUARAT JAWATANKUASA SUMBER MINERAL BIL 2/2023 DAN LAWATAN KERJA TEKNIKAL KE LOMBONG BIJIH BESI DI CHAAH BARU, BATU PAHAT, JOHOR

MESYUARAT JAWATANKUASA SUMBER MINERAL BIL 2/2023 DAN LAWATAN KERJA TEKNIKAL KE LOMBONG BIJIH BESI DI CHAAH BARU, BATU PAHAT, JOHOR

19-20 September 2023, Batu Pahat- Pengarah ekonomi Mineral JMG Malaysia, En. Yusari Basiran telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Mineral (JKSM) JMG Bil.2/2023 yang telah diadakan Hotel Impiana, Senai, Johor. Turut hadir Bersama adalah semua Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG dan Ketua-ketua Core Group Unsur Nadir Bumi (REE), En Fakhruddin Afif bin Fauzi, Survei Geofizik Awangan (ECER), En Zaki bi Alias, Mineral Berlogam (MBL), En John Joseph Jinap dan Mineral Perindustrian (MPI), En Azmi bin Abu Bakar.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ π“π€ππ€πŠ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„π‘πˆππ“πˆπ’ 𝐍𝐑-𝐑𝐄𝐄 𝐇𝐔𝐋𝐔 ππ„π‘π€πŠ

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ π“π€ππ€πŠ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„π‘πˆππ“πˆπ’ 𝐍𝐑-𝐑𝐄𝐄 𝐇𝐔𝐋𝐔 ππ„π‘π€πŠ

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JMG, Tuan Haji Kamaruddan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Korporat dan Ekonomi Mineral JMG, P Geol Abdullah Bin Sulaiman telah mengiringiΒ Ketua Setiausaha Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Dato' Rosli Haji Isa telah membuat lawatan ke Tapak Projek Perintis NR-REE hulu Perak bersama SUB (Mineral dan Geosains), Haji Shamsul Shahril Badliza bin Mohd Noor,Β YB Kewangan Negeri Perak, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin, YB Penasihat undang-undang Negeri Perak, YB. Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin serta Pegawai- Pegawai Kanan Persekutuan dan Daerah.