MAJLIS SEMARAK MERDEKA

MAJLIS SEMARAK MERDEKA

MAJLIS SEMARAK MERDEKA

 Sambutan telah diadakan di NRECC pada 22 Ogos 2023 di Blok F11, Kompleks F bersempena Program Keceriaan antara Kementerian sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2023.

Majlis telah dihadiri Ketua Pengarah JMG Tuan Haji Zamri Bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral), Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah serta kakitangan Ibu Pejabat JMG.

TREASURE HUNT NRECC BERSAMA MEDIA

TREASURE HUNT NRECC BERSAMA MEDIA

TREASURE HUNT NRECC BERSAMA MEDIA

JMG telah terlibat dalam program yang meriah ini. Ketua Pengarah JMG bersama ketua-ketua jabatan dan agensi NRECC turut memeriahkan majlis.

Pastinya program seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan strategik antara jabatan, kementerian, agensi dengan media-media tempatan dan antarabangsa dalam mendukung aspirasi kementerian ; antaranya memartabatkan sumber asli sebagai sumber kekayaan baharu dan kesejahteraan rakyat dalam konteks Malaysia MADANI.

KUNJUNGAN DARI PETRONAS DAN PERBINCANGAN BAGI MEWUJUDKAN KERJASAMA DUA HALA JMG-PETRONAS.

KUNJUNGAN DARI PETRONAS DAN PERBINCANGAN BAGI MEWUJUDKAN KERJASAMA DUA HALA JMG-PETRONAS.

KUNJUNGAN DARI PETRONAS DAN PERBINCANGAN BAGI MEWUJUDKAN KERJASAMA DUA HALA JMG-PETRONAS.

Suatu sesi perbincangan teknikal telah dijalankan dan kedua belah pihak telah berkongsi dasar, hala tuju, fokus dan beberapa perkembangan terkini masing masing dalam bidang pengurusan organisasi dan geosains.

 Pihak PETRONAS telah membentangkan Kajian tentang 'Shale Gas Study' yang memerlukan kerjasama daripada pihak JMG. Pihak JMG juga telah berkongsi kajian teknikal JMG yang sedang dijalankan yang mungkin boleh dijadikan sebahagian daripada modul kepada perkongsian pintar yang dicadangakan.

 Pertemuan adalah dalam suasana yang santai namun beberapa langkah awal bagi kerjasama telah dirangka.

LATIHAN PEMANTAPAN KEPADA PENYELARAS SISTEM PEMANTAUAN LAMAN WEB DAN SERVIS KERAJAAN (SPLASK) KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (NRECC)

Laman web JMG telah mencapai 100% penilaian memenuhi kriteria mandatori yang ditetapkan oleh Bahagian Kerajaan Digital, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
 
Latihan pemantapan kepada penyelaras SPLaSK telah diadakan pada 14 Ogos 2023 bertempat di Blok F11, Kompleks F Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

MESYUARAT CADANGAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG) DAN JOGMEC (JAPAN ORGANIZATION OF METALS AND ENERGY SECURITY) BAGI USAHASAMA UNTUK KAJIAN SUMBER ARANG BATU DI SARAWAK

Mesyuarat diadakan di bilik Mesyuarat Garnet, Ibu Pejabat JMG bagi menyemak memorandum persefahaman (MoU) antara JMG dan JOGMEG bagi kajian sumber arang batu di Sarawak.