Lawatan Kerja ke Kilang Air Mineral Malee Sdn. Bhd.

Mersing,  22 Ogos 2013  β€“ Unit Geosains JMG Johor telah menganjurkan satu Lawatan Kerja ke Kilang Air Mineral Malee Sdn. Bhd. yang terletak di Mersing, Johor. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberitahu kegunaan air tanah sebagai air mineral semulajadi, proses-proses yang terlibat dalam pembungkusan air mineral dan  memberi gambaran kepada kakitangan JMG Johor tentang industri air mineral.



 

Majlis Perhimpunan Bulanan Ogos dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013

Johor Bahru – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 telah  diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan Ogos pada 27 Ogos 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza JMG Johor. Mailis ini  dimulakan selepas berakhirnya Perhimpunan Bulanan. Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor telah bermurah hati untuk memberi duit raya kepada semua kakitangan, Acara berselawat  beramai-ramai mengakhiri majlis sambutan hari raya ini dan seterusnya semua warga JMG Johor menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.

Kejadian Kebakaran Dalam Kawasan Tanah Gambut Di Kampung Lepau, Mukim Pengerang, Kota Tinggi, Johor

Pada 19hb Jun 2013, semasa kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Negeri Johor mengadakan lawatan tapak bersama Syarikat Maju Teknik Kota (MTK) iaitu kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan kerja-kerja penggerudian untuk pembinaan telaga tiub memadam kebakaran, mereka telah terserempak dengan sepasukan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) sedang memadam kebakaran di kawasan tanah gambut di Kg Lepau, Pengerang yang terletak dalam daerah Kota Tinggi, Johor iaitu di sebelah pantai timur dan mengarah ke selatan Negeri Johor.

Baca selanjutnya