Taklimat Dan Pameran Hidrogeologi Di Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan (Zon Selatan) 2014

pameran 790x770

Pekan Nenas, 23 April 2014 – Pihak JMG Johor telah dijemput untuk menjadi fasilitator dalam Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan (Zon Selatan) 2014 yang dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan UNESCO-IHP Malaysia. Kem ini telah diadakan di Kem Kaizen Gunung Pulai, Johor.

Baca selanjutnya

Hari Keluarga KSKK JMG Johor 2014

Melaka, 18 Januari 2014 -  Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) JMG Johor telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga KSKK JMG Johor 2014 bertempat di Bayou Lagoon Park Resort , Bukit Katil, Melaka pada 18 dan 19 Januari 2014. Seramai 112 orang kakitangan dan keluarga JMG Johor berkumpul sebagai satu keluarga besar bagi menjayakan hari keluarga ini. Pelbagai acara telah disusun agar semua warga JMG Johor dan keluarga dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara satu dengan yang lain. Tahniah kepada KSKK JMG Johor kerana telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga JMG Johor ini.

 

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 1435H / 2014M

Johor Bahru, 14 Januari 2014 – Pada hari Selasa bersamaan 12 Rabiulawal 1435H telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 1435H / 2014M di Masjid Sultan Abu Bakar.  Pengarah JMG Johor Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi bersama beberapa staf JMG Johor telah turut serta dalam majlis perarakan sempena sambutan tersebut. Perarakan telah dimulakan dari Perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim, Jalan Bukit Timbalan ke Masjid Sultan Abu Bakar melalui jalan-jalan Bandaraya.  Majlis sambutan diserikan lagi dengan keberangkatan tiba YAM Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.

 

Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Air Bawah Tanah Surau An-Nur, Kampung Sawah Laku, Bukit Kepong, Muar, Johor

Muar, 2 Disember 2013 - Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Air Bawah Tanah telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Hj. Ismail bin Mohamed, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Serampang Merangkap EXCO Pertanian dan Industri AsasTani Johor. Majlis Perasmian ini telah dihadiri oleh Dato’ Yunus bin Abdul Razak (Ketua Pengarah JMG Malaysia), Tn. Hj. Hatta bin Abdul Karim (TKP KEM) dan Penghulu Mukim Bukit Kepong sebagai dif kehormat. Manakala Timbalan Pengarah Geosains JMG Johor, En. Nizarulikram Abdul Rahim telah mewakili Pengarah JMG Johor di majlis berkenaan.

Baca selanjutnya