Kejohanan Bowling Tertutup JMG Johor 2013

Johor Bahru - Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Johor telah mengadakan Kejohanan Bowling Tertutup JMG Johor 2013 pada 5 Februari 2013. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturahim dan seterusnya mengenalpasti bakat serta menggalakkan semangat bersukan di kalangan kakitangan. Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi telah merasmikan kejohanan tersebut yang diadakan di Danga City Mall. Kejohanan tahun ke-3 ini telah disertai oleh 35 orang kakitangan JMG Johor dan menyaksikan penyertaan paling ramai berbanding kejohanan terdahulu.Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Baca selanjutnya

Majlis Perasmian Dan Majlis Penyerahan Telaga Air Bawah Tanah Di Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH), Johor

Tanggal 20 September 2012 merupakan detik bersejarah berlangsungnya Majlis Perasmian dan Majlis Penyerahan Telaga Air Bawah Tanah di IPAH dari JMG Johor kepada IPAH yang pelaksanaannya telah disempurnakan oleh Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pegawai kanan kementerian, ketua-ketua jabatan dari agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Negeri Johor serta Jabatan Pertanian dan termasuk para pelatih sekitar 185 orang.

Baca selanjutnya