TAKLIMAT BERSAMA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI USM

TAKLIMAT BERSAMA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI USM

Johor Bahru, 03 September 2020 - Satu sesi pembentangan dan persembahan oleh pelajar IPTA daripada USM yang sedang menjalani latihan industri untuk tempoh 2 bulan telah diadakan di JMG Johor baru-baru ini. Pelajar itu, Encik Andrew A/L Seman dan Cik Logatharshini A/P Segeran telah ditempatkan di Unit Sumber Mineral dibawah seliaan En. Yusari bin Basiran. Tujuan latihan industri ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada proses kerja sebenar di JMG Johor termasuk kerja lapangan seperti aktiviti hidrogeologi, pemetaan geologi dan geologi kejuruteraan.

Baca selanjutnya

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-63

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-63

Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-63 kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan. Marilah kita semua mengucapkan kensyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini serta berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita.

SALAM MAAL HIJRAH 1442H

SALAM MAAL HIJRAH 1442H

Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1442H kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan. Semoga tahun hijrah yang baharu ini dapat membawa sinar kejayaan yang lebih baik kepada seluruh umat Islam berbanding tahun sebelum ini disamping memasang azam dan iltizam untuk berusaha dengan lebih kuat di tahun baharu ini.