PROGRAM KESEDARAN GEOPARK MERSING BAGI WARGA JMG JOHOR

PROGRAM KESEDARAN GEOPARK MERSING BAGI WARGA JMG JOHOR

Mersing, 27 April 2019 - Baru-baru ini, satu Program Kesedaran Geopark Mersing telah dianjurkan untuk warga JMG Johor di Pantai Air Papan, Mersing bagi memberi penerangan mengenai tujuan Geopark diwujudkan dan pembangunan Geopark yang akan dilaksanakan di Mersing. Seramai 25 orang kakitangan JMG Johor telah terlibat dalam program tersebut yang terdiri daripada bahagian pentadbiran dan teknikal.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 4/2019 DAN MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 4/2019 DAN MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG JOHOR

Johor Bahru, 28 April 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 4/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dan Majlis Persaraan Pengarah JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Balqish Mazuien bt. Bakiah, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Nazal Rizal b. Abd. Wahid dan pembaca ikrar oleh En. Sivalingam A/L Krishnan. Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan amanat terakhir sempena persaraan beliau pada 4 Mei 2019 akan datang.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2019

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2019

Johor Bahru, 1 April 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 3/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Hisham b. Md Nawi, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Helmy b. Kadir dan pembaca ikrar oleh Pn. Norfazelah bt. Hassan. Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Baca selanjutnya

PELAKSANAAN PROGRAM "JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT BAGI TAHUN 2019" JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS NEGERI JOHOR

PELAKSANAAN PROGRAM "JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT BAGI TAHUN 2019" JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS NEGERI JOHOR

Johor Bharu, 23 April 2019 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9 Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Johor, satu(1) Program β€œJom Baca Bersama Untuk 10 Minit” yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) telah dilaksanakan di JMG Negeri Johor bagi menyahut seruan mereka.

Baca selanjutnya