KEM PEMIMPIN MUDA PRIHATIN AIR PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SELATAN

KEM PEMIMPIN MUDA PRIHATIN AIR PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SELATAN

Tanjung Piai, Pontian, 24 April 2018 - Pihak Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Johor telah dijemput untuk menjadi instruktur model bagi program kem pemimpin muda prihatin air peringkat kebangsaan zon selatan.

Program ini merupakan program tahunan UNESCO-IHP Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan Universiti Kebangsaaan Malaysia. Dengan adanya program ini, ia dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar dan bakal pemimpin di masa akan datang tentang pentingnya air dalam kehidupan.

Baca selanjutnya

PELAKSANAAN PROGRAM "JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT TAHUN 2018" JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS, NEGERI JOHOR

PELAKSANAAN PROGRAM "JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT TAHUN 2018"  JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS, NEGERI JOHOR

Johor Bharu, 24 APRIL 2018 – Bertempat di Galeri Ilmu, Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Johor, satu(1) Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) telah dilaksanakan di JMG Negeri Johor bagi menyahut seruan mereka.

Program tersebut telah berlangsung tepat jam 11 pagi – 11.10 pagi dan berakhir dengan sesi bergambar di Bilik Mesyuarat Kuarza, Jabatan Mineral dan Geosains.

Baca selanjutnya

JMG DI PAMERAN INTERAKTIF SEMPENA MINGGU SAINS NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR DI SMKA SEGAMAT

muka depan minggu sains segamat 2018

Segamat, 6 April 2018 - Minggu Sains Negara diadakan dari 1 hingga April 2018 dan sambutan di Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada 6 hingga 7 April 2018 di SMKA Segamat. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sains dan merapatkan jurang antara sains dan masyarakat dengan menampilkan pelbagai program berasaskan “sains” yang menarik dan interaktif.

Penganjuran program ini adalah selari dengan sambutan World Science Day yang dianjurkan oleh United Nations Organization For Education, Science And Culture (UNESCO) semenjak tahun 2002.

Baca selanjutnya

PERASMIAN TELAGA TIUB AIR TANAH PUSAT PENGELUARAN SPESIES POKOK HUTAN LEDANG BUKIT GAMBIR, TANGKAK, JOHOR

PERASMIAN TELAGA TIUB AIR TANAH PUSAT PENGELUARAN SPESIES POKOK HUTAN LEDANG BUKIT GAMBIR, TANGKAK, JOHOR

Tangkak, 15 April 2018 - YB Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri telah menyempurnakan majlis perasmian dan penyerahan telaga tiub air tanah di Pusat Pengeluaran Spesies Pokok Hutan (PPSPH) Ledang di Bukit Gambir, Tangkak, Johor dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) kepada Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

Baca selanjutnya

PERASMIAN SISTEM TELAGA TIUB AIR TANAH SK PUTERI LEDANG SAGIL, TANGKAK, JOHOR

PERASMIAN SISTEM TELAGA TIUB AIR TANAH SK PUTERI LEDANG SAGIL, TANGKAK, JOHOR

Tangkak, 11 April 2018 - YB Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri telah merasmikan sistem telaga tiub air tanah ini dan menyerahkannya kepada pengurusan sekolah. Semoga dengan adanya sumber bekalan air dari telaga tiub air tanah ini dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih di sekolah, seterusnya memberikan suasana kondusif kepada proses pembelajaran di sekolah ini.

Baca selanjutnya