Muar, 4 Julai 2018 - Kerja lapangan telah dijalankan di Kolam Air Panas Sungai Gersik oleh pasukan JMG Johor bertujuan untuk menentukan profil subpermukaan dan melihat keadaan kestabilan tanah di kawasan tersebut. Terdapat 4 lokaliti persampelan dan pencirian lapangan gambut dan tanah lembut serta 4 lokaliti telah dilakukan ujian kejuruteraan iaitu Mackintosh Probe di sekitar Kolam Air Panas Sungai Gerisik, Muar. Kaedah persampelan gambut dan tanah lembut serta kaedah Mackintosh telah digunakan dalam kajian ini.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2018
Johor Bahru, 3 April 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 3/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Cik Yong Adilah bt. Mustafa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Shahril b. Idris dan pembaca ikrar oleh Puan Nurulhuda bt. Aziz. Selepas itu, Timbalan Pengarah JMG Johor En. Mohamad Sari b. Hasan telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.
AKTIVITI TASKFORCE KEBAKARAN GAMBUT DI SEKITAR NEGERI JOHOR
Johor, 8-15 Julai 2018 - Pasukan JMG Johor telah mengadakan aktiviti taskforce di 13 telaga gambut sekitar negeri Johor. Penyelenggaraan dan pembersihan kawasan telaga perlu dilakukan supaya pihak kita bersedia jika berlaku kebakaran atau jika diperlukan.
Pihak JMG perlu bersedia kerana kebakaran sering berlaku di kawasan tanah gambut disebabkan oleh kawasan yang kering, api kebakaran tersebut akan memasuki jauh ke dalam tanah gambut dan ia amat sukar untuk dipadamkan serta mengambil masa yang lama.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 6/2018, KHATAM AL-QURAN DAN SAMBUTAN AIDILFITRI
Johor Bahru, 8 Julai 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, Khatam Al-Quran dan Sambutan Aidilfitri telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Puan Rosazanaain bt. Mohd Salleh, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Syed Sobri b. Syed Hassan dan pembaca ikrar oleh Puan Roziah bt. Razali.
PROGRAM TADARUS AL-QURAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN
Johor Bahru, 20 Mei 2018 – Sempena kehadiran bulan Ramadhan pada tahun ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor telah menganjurkan "Program Tadarus Al-Quran" untuk warga yang beragama islam di JMG Johor. Program ini bermula setiap hari sepanjang bulan ramadhan dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Pembahagian kumpulan telah dibuat bagi memudahkan warga JMG Johor bagi melancarkan lagi program tadarus ini yang dibuat hampir setiap tahun di bulan ramadhan.