MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 6/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 6/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

Johor Bahru, 29 Jun 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0 Fasa 1. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.

Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Md Aris b. Md Esa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Muhamad Farhan b. Daud. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya kali ini.

Baca selanjutnya

MAKLUMAN PENUTUPAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA NEGERI JOHOR SEPANJANG PKP 3.0

MAKLUMAN PENUTUPAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA NEGERI JOHOR SEPANJANG PKP 3.0

Dimaklumkan penutupan pejabat dan kaunter Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0 Fasa 1.

Sehubungan dengan itu, sebarang urusan dan pertanyaan boleh menghubungi nombor berikut iaitu 012-7291927 (Pn. Siti Rohani) / 019-7304902 (En. Khairul Zaman) atau boleh emelkan kepada jmgjohor@jmg.gov.my.

Harap maaf, segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

Johor Bahru, 31 Mei 2021 – Buat kali ketiga Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.

Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Saufee b. Sehat, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Syahrizal b. Zakaria. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya buat kali ketiga ini.

Baca selanjutnya

PROGRAM SEKAMPIT BERAS SEBAKUL MAKANAN 3.0

PROGRAM SEKAMPIT BERAS SEBAKUL MAKANAN 3.0

Johor Bahru, 09 Mei 2021 – Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor pada masa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat) akibat penularan virus Covid- 19 yang menyerang seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan ‘Projek Sekampit Beras 3.0’ yang diilhamkan oleh Yang Dipertua Kelab dan Pengarah JMG Johor Tuan Hj. Kamaruddan b. Abdullah.

Baca selanjutnya

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2021 JMG JOHOR

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2021 JMG JOHOR

Johor Bahru, 25 April 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 4/2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh En. Ahmad Shahril b. Idris, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Syazwan Zainie b. Jainal. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini.

Baca selanjutnya