ALOR SETAR 10 September 2013 – Majlis Perhimpunan Bulanan, Sambutan Aidilfitri 1434H dan sambutan sempena Hari Kemerdekaan Ke-56 telah diadakan di JMGKPP bertarikh 1 September 2013 bersamaan 25 Syawal 1434H yang lalu. Majlis sambutan ini bertemakan “Tiga Dalam Satu” juga telah berlangsung di Bilik Delima dan di ruang legar pejabat JMGKPP.
Sekitar Kursus Teori & 'Hands-On' Pemetaan Geologi Cerun
ALOR SETAR, 3 September 2013 - Syabas serta tahniah diucapkan kepada Unit Geosains dan kerjasama Unit Pengurusan Maklumat JMGKPP kerana berjaya menganjurkan kursus ini selama dua (2) hari mulai 26.08.2013 hingga 27.08.2013 bertempat di Bilik Delima, JMGKPP dan di lapangan. Seramai 20 orang terdiri dari pegawai / kakitangan teknikal dan ‘non-teknikal’ telah menyertainya. Ianya turut juga disertai oleh empat (4) orang pelajar praktikal (LI) dari IPTA.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H
Pegawai dan kakitangan JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H dan selamat menjalani ibadah korban kepada seluruh warga JMG Malaysia. Marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan.
Test
sasasasasasaxzxz
Anjur Latihan Aplikasi ArcGIS Secara ‘Hands-On’ Siri 1/2013
ALOR SETAR, 29 Julai 2013 - Unit Pengurusan Maklumat JMGKPP dengan kerjasama Unit Sumber Mineral telah mengadakan Latihan Asas Pembelajaran "hands-on" Aplikasi ArcGIS 9.3, Alat GPS dan Google Earth bertarikh 24 Julai 2013 bertempat di Bilik Delima, JMGKPP. Peserta yang terlibat terdiri daripada pegawai dan kakitangan teknikal di semua unit JMGKPP. Taklimat dan "hands-on" telah di sampaikan oleh En.Hamdan B. Ariffin, TP(SM) dan dibantu oleh empat orang pelajar dari IPTA yang sedang menjalani latihan industri di sini.