Majlis Berbuka Puasa Anjuaran Kelab K-Geo

Majlis Berbuka Puasa Anjuaran Kelab K-Geo

Alor Setar, Kedah (16 Jun 2018): Satu majlis berbuka puasa anjuran kelab K-Geo telah diadakan pada 30 Mei 2018 bertempat di restoran Puji Arabian Delight, Alor Setar.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh pengarah JMG KPP, pegawai-pegawai dan kakitangan JMG KPP. Dengan adanya program seperti ini, jalinan ukhwah sesama kakitangan dapat dieratkan lagi dan diharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Baca selanjutnya

PERASMIAN DAN PENYERAHAN TELAGA TIUB AIR TANAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-KHAIRIAH, KUALA NERANG, KEDAH

BLOG 1001

Alor Setar, Kedah (05 Mei 2018): Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Tiub Air Tanah & Penyampian Bantuan Awal Persekolahan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Kuala Nerang, Kedah telah diadakan pada 22 April 2018 dan telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Dato Haji Mohd Zaim Bin Dato Haji Abdul Wahab.

Baca selanjutnya

PERASMIAN DAN PENYERAHAN TELAGA TIUB AIR BAWAH TANAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-KHAIRIAH, KUALA NERANG, KEDAH

Alor Setar, Kedah (05 Mei 2018): Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Tiub Air Bawah Tanah & Penyampian Bantuan Awal Persekolahan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Kuala Nerang, Kedah telah diadakan pada 22 April 2018 dan telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Dato Haji Mohd Zaim Bin Dato Haji Abdul Wahab.

Turut serta menghadiri majlis adalah Pegawai Daerah Padang Terap, Tuan Haji Fathullah Suhaimi Bin Haji Ismail, Pengetua SMA Al-Khairiah, Puan Hajah Zaleha Binti Haji ibrahim, Pegawai Khas Menteri Pendidikan, Encik Faizal Bin Abdul Aziz, pegawai-pegawai JMG KPP dan wakil-wakil dari jabatan kerajaan lain.

 

Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bil. 1/2018

Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bil. 1/2018

Alor Setar, 24 April 2018: Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bil. 1/2018 telah di adakan di Hotel Bayview Langkawi pada 11 April 2018. Mesyuarat dihadiri oleh seramai 52 orang wakil dari JMG Malaysia, BMG dan wakil-wakil kerajaan negeri yang terlibat dengan projek geopark. Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai geopark sebagai rangka utama dalam persediaan Rancangan malaysia Ke-11 (RMK-11).

Baca selanjutnya