Program Perhimpunan Bulanan JMG Kelantan Bil. 3/2013

Buat julung kalinya, JMG Kelantan akan mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan di satu taman rekreasi terkenal di Negeri Cik Siti Wan Kembang, Taman Tengku Anis di Tanjung Chat, Kota Bharu.

Kawasan ini sangat terkenal dengan aktiviti keluarga dan riadah dengan pemandangan yang sangat cantik dan molek, sang rusa sambar menanti di kandangan, burung-burung berkicauan menyanyi senang, pohon-pohon hijau mengayau ditiup angin, sang arnab bersenang linang....

Tarikh yang dipersetujui Pengarah ialah pada 28 Mac 2013.. Sama-sama kita nantikan...

Bumi Kelantan Kaya Sumber Mineral

Mungkin tidak ramai mengetahui bumi Serambi Mekah kaya dengan pelbagai logam. Sebelum ini kita dikejutkan dengan penemuan minyak dan gas di perairan Kelantan. Sedangkan sebelum ini tiada maklumat mengenainya dipapar untuk pengetahuan umum. Hanya selepas Jabatan Perangkaan mengeluarkan data negeri pengeluar utama minyak di Malaysia pada 2004, barulah diketahui Kelantan merupakan negeri pengeluar minyak utama di negara kita.

Kemudian pada 2009 isu tersebut menjadi bertambah nyaring apabila Kelantan secara rasmi menuntut hak ke atas royalti minyak sebagaimana tertera pada perjanjian 1975.

Baca selanjutnya

Berita Kematian Allahyarham Yusof bin Ismail

Sdr Yusof bin Ismail, Ketua Pegawai Kajibumi Cawangan Ekonomi Mineral, Ibu Pejabat JMG Kuala Lumpur telah kembali ke Rahmatullah pada Hari Sabtu 29 Disember 2012 bersamaan 15 Safar 1434 pada kira-kira jam 4.10 pagi. Jenazah telah dibawa pulang pada jam 7.00 pagi dan tiba di Kg. Dewan Beta, Salor, Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 4.00 petang. Arwah Yusof telah mengidap penyakit kanser kira-kira 2 bulan sebelum meninggal dunia.

JMG Kelantan bersama dua buah kenderaan berkesempatan mengiringi jenazah dari Gua Musang hingga ke Kota Bharu. Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan kira-kira jam 6.30 petang.

Sama-samalah kita berdoa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh dan rohnya dicucuri rahmat. Seluruh warga JMG Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mengharapkan agar keluarga beliau bersabar menempuh dugaan ini.

Kerja Lapangan Sekitar Jajahan Gua Musang

Pada 27-29 Disember 2012, JMG Kelantan telah mengadakan kerja lapangan di sekitara Jajahan Gua Musang yang melibatkan beberapa kakitangan dari unit Geosains, Sumber Mineral, Lombong & Kuari dan Pentadbiran. Antara lokasi yang dilawati termasuklah lombong Feldspar, lombong Mangan, lokaliti berfosil dan singkapan batuan sedimen kepunyaan Formasi Telong. Tujuan kerja lapangan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan JMG Kelantan tentang aktiviti-aktiviti perlombongan dan melawat tapak-tapak geowarisan di sekitar Gua Musang.