MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2019 JMG MALAYSIA, PERAK

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2019 JMG MALAYSIA, PERAK

26 April 2019 (Jumaat) - Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan April 2019 telah diadakan di bilik Mesyuarat Granite. Pada bulan ini, Unit Sumber Mineral (SM) telah bertindak sebagai urusetia. Pengarah JMG Malaysia, Perak YBhg. Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil turut hadir bagi menyampaikan perutusannya. Dikesempatan ini juga YBhg. Dato’ mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2018, iaitu En. Basharuddin Bin Ismail, En. Mohd Zaid Bin Aziz, Pn. Hasmah Bt Salleh dan En. Khalis Azfar Bin Bakar.

Baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN GEOPARK MERSING BAGI WARGA JMG JOHOR

PROGRAM KESEDARAN GEOPARK MERSING BAGI WARGA JMG JOHOR

Mersing, 27 April 2019 - Baru-baru ini, satu Program Kesedaran Geopark Mersing telah dianjurkan untuk warga JMG Johor di Pantai Air Papan, Mersing bagi memberi penerangan mengenai tujuan Geopark diwujudkan dan pembangunan Geopark yang akan dilaksanakan di Mersing. Seramai 25 orang kakitangan JMG Johor telah terlibat dalam program tersebut yang terdiri daripada bahagian pentadbiran dan teknikal.

Baca selanjutnya

Kerja Lapangan Persampelan Efluen Lombong dan Tanah di Lombong Fortress Mining, Bukit Besi, Terengganu

Kerja Lapangan Persampelan Efluen Lombong dan Tanah di Lombong Fortress Mining, Bukit Besi, Terengganu

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, IPOH – 16 April 2019: Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong Dan Kuari telah menjalankan aktiviti kerja penyelidikan iaitu persampelan efluen lombong dan tanah di Lombong Fortress Mining Sdn Bhd, Bukit Besi, Terengganu pada 16 April 2019 yang lalu. Selain itu, persampelan tanah juga diambil di kawasan berkenaan.

Persampelan efluen lombong telah dilakukan menggunakan pam untuk diisi ke dalam 6 buah tangki air berkapasiti 160L. Persampelan efluen juga dilakukan menggunakan kaedah grab sampling (di dalam botol sampel 1L. Kemudian, efluen tersebut diuji dengan menggunakan alat multimeter bagi mendapatkan nilai bacaan pH, conductivity, total dissolved solid, dissolved oxygen dan oxidation-reduction potential. Aktiviti kedua ialah persampelan tanah di kawasan lombong. Sebanyak beberapa beg sampel tanah telah diambil untuk digunakan dalam ujian penanaman pokok vetiver terkawal di SUGA, Malim Nawar. Ujian penanaman terkawal ini bertujuan untuk mengkaji kebolehupayaan tumbuhan hidup menggunakan tanah dari kawasan ini.

Baca selanjutnya

Pameran PPM di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu Berjaya Menarik Tumpuan Ramai

Pameran PPM di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu Berjaya Menarik Tumpuan Ramai

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah turut serta dalam pameran sempena Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung pada 7 – 9 April 2019 di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT). Melalui acara ini, PPM telah mempamerkan hasil penyelidikan R&D mineral yang berjaya menarik minat ramai pengunjung terutamanya para pelajar sekolah dan universiti.

Selain daripada pameran oleh agensi kerajaan dan pihak universiti, program ini juga diserikan lagi dengan sesi perkongsian oleh Heliza Helmi, pameran dan bengkel fotografi oleh Nazri Sulaiman dengan penampilan khas adik Syukur Khamis - Kampung Boy, forum kepentingan vaksinasi oleh Dr. Suhazeli Abdullah, pameran dan permainan sains, robot Lego, pertunjukan drone dan lain-lain juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi program Minggu Sains tersebut.

Baca selanjutnya

Pembentangan dan Pameran PPM di Seminar Hala Tuju Industri Mineral Negeri Kelantan

Pembentangan dan Pameran PPM di Seminar Hala Tuju Industri Mineral Negeri Kelantan

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah dijemput untuk mengadakan pameran bersempena dengan Seminar Hala Tuju Industri Mineral Negeri Kelantan yang telah diadakan pada 7 April 2019 yang lalu. Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob telah hadir merasmikan seminar ini yang dianjurkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan.

Dalam seminar ini, sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan iaitu dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan (JMG), Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan (JAS) dan Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG). En Aminudin bin Mahmud, Timbalan Pengarah PPM telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk Mencipta Nilai Melalui R&D : Pengalaman Pusat Penyelidikan Mineral. Para peserta seminar yang terdiri daripada pegawai awam dan pihak industri yang terlibat dalam bidang industri mineral di seluruh negeri Kelantan berpeluang mendapat banyak ilmu yang bermanfaat daripada panel pembentang pada hari tersebut.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2019

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2019

Johor Bahru, 1 April 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 3/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Hisham b. Md Nawi, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Helmy b. Kadir dan pembaca ikrar oleh Pn. Norfazelah bt. Hassan. Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Baca selanjutnya

Lawatan Ketua Pengarah JMG Dan Ketua Pengarah FRIM Ke SUGA, Malim Nawar

Lawatan Ketua Pengarah JMG Dan Ketua Pengarah FRIM Ke SUGA, Malim Nawar

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, IPOH – 20 April 2019 : Stesen Ujian dan Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak yang berada di bawah pentadbiran Pusat Penyelidikan Mineral telah menerima lawatan daripada Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) iaitu Datuk Hj. Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) iaitu Dato’ Dr Abd. Latif Bin Mohmod pada 20 April 2019 yang lalu. Lawatan ini telah disambut baik oleh warga SUGA dan diketuai oleh Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral iaitu Encik Aminudin bin Mahmud serta Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Silika iaitu Tuan Hj. Mohamad Haniza bin Mahmud. Turut serta di dalam lawatan ini adalah beberapa kakitangan daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) serta beberapa kakitangan daripada Pusat Penyelidikan Mineral (PPM).

Baca selanjutnya

Majlis Apresiasi Penerima APC JMG 2018

Majlis Apresiasi Penerima APC JMG 2018

PUTRAJAYA, 22 APRIL 2019 : Satu Majlis Apresiasi Penerima APC JMG 2018 telah diadakan di Everly Hotel, Putrajaya. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG. Penerima APC JMG NSM 2018 adalah Puan Nadiya binti Mohd Saleh, Encik Mohd Zuraimi bin Ibrahim dan Encik Mohd Azmiran bin Amran.

Baca selanjutnya

Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-XIV Negeri Sembilan

Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-XIV Negeri Sembilan

SEREMBAN, 22 APRIL 2019 : Pada hari ini, satu Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-XIV Negeri Sembilan Darul Khusus telah disempurnakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut hadir dalam majlis itu.

Mesyuarat Perhubungan Ketua Pengarah

Mesyuarat Perhubungan Ketua Pengarah

PUTRAJAYA, 17 APRIL 2019 : Pada hari ini, Mesyuarat Perhubungan Ketua Pengarah telah diadakan di Ibu Pejabat JMG di Putrajaya. Mesyuarat ini diadakan bagi membincang isu-isu semasa yang melibatkan JMG. Mesyuarat ini dihadiri oleh TKP (OPS), TKP (KEM), pengarah-pengarah kanan, pengarah-pengarah bahagian dan pengarah-pengarah JMG Negeri. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri mesyuarat ini.