SOLAT HAJAT MEMOHON HUJAN DAN MAJLIS MERAIKAN AJK TANAH GAMBUT

SOLAT HAJAT MEMOHON HUJAN DAN MAJLIS MERAIKAN AJK TANAH GAMBUT

BERIS LALANG, BACHOK, KELANTAN 16 APRIL 2019 (SELASA) – Para penduduk Beris Lalang dan Be’oh Bachok telah mengadakan program solat hajat memohon hujan dan majlis meraikan AJK Tanah Gambut. Program ini merupakan anjuran ADUN Jelawat dan mendapat  kerjasama dari Jabatan Alam Sekitar (JAS). ADUN Jelawat, iaitu YB Haji Abdul Azziz Bin Kadir turut sama hadir.  Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kelantan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  dan beberapa agensi kerajaan yang lain  turut sama dijemput bagi menjayakan program ini.

Solat hajat berkenaan dirancang bagi memohon hujan supaya keadaan kebakaran gambut di Kampung Beris Lalang, Be’oh dan kampung-kampung sekitar dapat dikawal sepenuhnya berikutan keadaan kemarau yang berpanjangan.  Kebakaran tanah gambut ini telah banyak memusnahkan harta benda dan tanam-tanaman penduduk.  JMG Kelantan, JAS, BOMBA dan JPS telah bertungkus lumus dalam operasi memadam kebakaran supaya tidak berlarutan.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 04/2019

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 04/2019

SHAH ALAM, 18 April 2019 - JMGSWP telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan yang bertempat di bilik mesyuarat tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan. Pengarah En. Jontih Enggihon yang mempengerusikan majlis tersebut telah memberi taklimat dan membincangkan perkara-perkara berkenaan sasaran kerja tahunan, status peruntukan mengurus, status projek pembangunan, perjawatan serta tinta integriti.

Majlis disusuli sesi tayangan montaj aktiviti-aktiviti jabatan dan disudahi dengan acara memotong kek untuk meraikan warga JMGSWP yang tarikh lahir jatuh pada bulan April hingga Jun. Terima kasih.

Baca selanjutnya

PROGRAM PENDIDIKAN AWAM BENCANA ALAM

PROGRAM PENDIDIKAN AWAM BENCANA ALAM

KOTA BELUD, SABAH – 17 APRIL 2019: Satu Program Pendidikan Awam Bencana Alam yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah diadakan di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak, Kota Belud di sini hari ini. Beberapa agensi yang turut terlibat dalam menjayakan program tersebut termasuklah Jabatan Mineral & Geosains Malaysia Sabah (JMG), Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Penerangan Kota Belud, Angkatan Pertahanan Malaysia (Kota Belud), Majlis Daerah Kota Belud dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

Baca selanjutnya

LAWATAN KE TAPAK INDUSTRI MINERAL, KUARI DAN PERLOMBONGAN

LAWATAN KE TAPAK INDUSTRI MINERAL, KUARI DAN PERLOMBONGAN

TAWAU, SABAH (12 APRIL 2019) : Cawangan Ekonomi Mineral (CEM), Ibu Pejabat yang diketuai oleh Pengarah CEM, Tuan Hj. Azemi Hj. Eki, En. Yusari bin Basiran (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pehubungan Industri) dan Encik Badrol Hisham (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Risikan Mineral) dengan diiringi oleh dua orang pegawai dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia(JMG), Sabah iaitu Encik Aidil Arnolous Rema (Penolong Pengarah Geosains Lombong & Kuari) dan Puan Cynthia Lim Li Chien (Penolong Pengarah Geosains Mineral Perindustrian) turut bersama–sama menjayakan Lawatan ke Premis Industri Mineral di Tawau dan Lahad Datu, Sabah sekitar 9hb. April 2019 hingga 11hb. April 2019 yang lepas.

Baca selanjutnya

LAWATAN KERJA YBM TIMBALAN MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI KE TASIK CHINI, PAHANG

LAWATAN KERJA YBM TIMBALAN MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI KE TASIK CHINI, PAHANG

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

 chini 1

9 April 2019/ 3 Syaaban 1440H. Yang Berhormat Mulia Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia (KATS) telah mengadakan satu sesi lawatan kerja ke Tasik Chini dan kawasan sekitarnya bagi meninjau dan melihat sendiri keadaan dan situasi terkini kawasan Tasik Chini dan kawasan-kawasan perlombongan yang beroperasi di sekitar Tasik Chini.

menteri resort

Tasik Chini merupakan rizab biosfera yang pertama di Malaysia dan dianugerahkan status Rizab Biosfera oleh UNESCO pada Mei 2009. Status Rizab Biosfera ini penting untuk dikekalkan kerana ia akan membantu melonjakkan imej Tasik Chini sebagai satu destinasi eko-pelancongan utama negara, di samping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan di Tasik Chini.

Sesi lawatan kerja YBM telah turut dihadiri bersama oleh wakil-wakil jabatan dan agensi KATS termasuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Perhutanan Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Pahang serta wakil dari pihak berkuasa tempatan termasuk dari Pejabat Tanah Daerah Pekan. Turut hadir ialah wakil-wakil dari Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM, tok-tok batin masyarakat Orang Asli, aktivis masyarakat, penduduk setempat serta wakil masyarakat dari komuniti Orang Asli Tasik Chini.

menteri sama masy asli

hadirin

Program lawatan bermula pada pukul 2.00 petang di jeti Tasik Chini Resort, Tasik Chini dengan taklimat ringkas oleh Tuan Haji Mohd Zukeri bin Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG Malaysia. Beliau antara lain menerangkan berkenaan sumber mineral sedia ada di kawasan Tasik Chini dan aspek perlombongan yang dijalankan di kawasan itu.

taklimatjmg

taklimat jmg2

YBM Timbalan Menteri dan rombongan lawatan kerja kemudiannya dibawa menaiki bot bagi sesi lawatan Tasik Chini. Sejumlah 10 bot telah disediakan untuk sesi lawatan Timbalan Menteri ini.

bot2

bot 1

 

bot3

YBM Timbalan Menteri telah dibawa melihat dan meninjau kawasan ‘pulau’ dan ‘laut’ yang ada di Tasik Chini. Pulau dan Laut ialah gelaran-gelaran yang diberikan penduduk Orang Asli kawasan untuk membezakan kawasan daratan dan kawasan air. YBM turut dibawa melawat beberapa lokasi lombong di Tasik Chini yang aktif dan juga sudah tidak beroperasi lagi. Kebanyakan lombong yang masih beroperasi ialah lombong berkaitan bijih besi, Keadaan tasik yang agak cetek akibat musim kemarau menyebabkan perjalanan bot kurang lancar dan sukar menghampiri kawasan daratan.

chini 2

YBM Timbalan Menteri dan ahli rombongan lawatan selesai menaiki bot pada pukul 4.00 petang dan kembali semula ke Tasik Chini Resort, Tasik Chini untuk sesi dialog bersama agensi dan jabatan serta ahli rombongan dan mereka yang hadir. Beberapa persoalan dan pandangan telah diutarakan berkenaaan permasalahan tasik Chini dan keperluan mengekalkan kelestarian dan eko-sistem sedia ada kawasan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai rizab biosfera Malaysia.

mesy1

mesy3

Sesi lawatan YBM Menteri ke kawasan Tasik Chini tamat pada pukul 5.30 petang dengan jamuan minum petang, sebelum YBM bertolak pulang ke Kuala Lumpur untuk sesi Sidang Parlimen di Parlimen Malaysia di sebelah malam.

- Sekian -