MESYUARAT PENGANJURAN MAJLIS PENYERAHAN TELAGA DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH DI KG. PIASAU, KOTA BELUD BIL. 1/2019

MESYUARAT PENGANJURAN MAJLIS PENYERAHAN TELAGA DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH DI KG. PIASAU, KOTA BELUD BIL. 1/2019

KOTA BELUD (02 APRIL 2019) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah siap membina telaga berserta dengan sistem penapisan air tanah di Kg. Piasau, Kota Belud. Telaga dan sistem penapisan ini bertujuan untuk membantu membekal keperluan air di kawasan sekitar kampung tersebut. Oleh yang demikian, Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan satu Majlis Penyerahan Telaga dan Sistem Penapisan Air yang dicadangkan pada 27 April 2019 (Sabtu). Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan oleh En. Jimmy Barukang (Pengerusi MPKK Kg. Piasau, Kota Belud) dan diikuti dengan Perutusan Pengerusi oleh En. Paulus Godwin (Timbalan Pengarah Geosains). Seterusnya mesyuarat diserahkan kepada Ketua Projek En. Jaineh Lingi (Penolong Pengarah Kanan, Aktivit Hidrogeologi) bagi membincangkan aturcara, jemputan rasmi, pengagihan tugas dan jamuan makan. Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah En. Eddie (KUPM JMG SBH), Pn. Besty (Penolong Jurukur – UPM JMG SBH) dan Pn. Vianni (Pembantu Tadbir KEW) dan 10 orang AJK Kg. Piasau. Selepas mesyuarat ditangguhkan, Pengerusi MPKK sempat membawa ajk melawat sistem penapisan air tanah yang akan dirasmikan kelak.