Majlis Penutup Operasi Lombong 4.0 (Ops Lombong 4.0) Negeri Pahang

Majlis Penutup Operasi Lombong 4.0 Negeri Pahang

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan - KUPM JMG Pahang

penjom

 Penjom, Lipis, 4 April – Majlis Penutup Operasi Lombong 4.0 (Ops Lombong 4.0) telah diadakan di Lombong Emas Penjom di Lipis pada 4 April 2019. Majlis berkenaan telah dihadiri oleh dif-dif jemputan dari barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang, pihak Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, majlis-majlis daerah dan ketua-ketua agensi serta jabatan berkaitan dari Negeri Pahang. Majlis Penutup Ops Lombong 4.0 ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Negeri Pahang.

Ops Lombong 4.0 ini dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan di Negeri Pahang. Antara agensi yang terbabit ialah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Badan Kawal Selia Air (BKSA), Jabatan Imigresen dan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Ops Lombong 4.0 ini merupakan kesinambungan daripada operasi terdahulu dan ditafsirkan berjaya apabila sepanjang operasi dijalankan, sejumlah 12 kertas siasatan dibuka dan penemuan amang emas dan stok mineral yang dianggarkan menyumbang kerugian kepada kerajaan sebanyak RM 1.5 juta.

Seramai 190 orang pegawai dan kakitangan dari agensi-agensi berkaitan terlibat dalam operasi yang berlangsung selama empat hari bermula 1 April hingga 4 April 2019. JMG Pahang telah menghantar seramai enam orang pegawai dan kakitangan untuk menyertai Ops Lombong 4.0 sepanjang operasi ini dilaksanakan.

Antara objektif penguatkuasaan Ops Lombong 4.0 ini adalah untuk :

  • Memastikan semua Lesen Mencarigali dan Pajakan Melombong mematuhi syarat yang telah ditetapkan
  • Mengekang ketirisan hasil Kerajaan Negeri melalui cukai dan lain-lain
  • Memperkasa aktiviti penguatkuasaan bersepadu dengan jabatan dan agensi penguatkuasaan yang lain

Antara kegagalan syarikat perlombongan ialah untuk memperbaharui lesen melombong bijih emas dan besi serta kecuaian dan mengambil mudah aspek keselamatan dan pelesenan. Syarikat perlombongan beroperasi tanpa lesen boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984, Enakmen Mineral Negeri dan akta pihak berkuasa lain.

Pemeriksaan dibuat terhadap lebih 49 lombong dalam kawasan hutan simpan kekal dan tanah kerajaan seluas 16,000 hektar di daerah Lipis dalam tempoh empat hari operasi. Seramai tujuh “Orang Kena Tangkap” (OKT) terdiri dari warga asing telah ditahan ketika berada dalam kawasan lombong tanpa permit dan kelulusan. OKT berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dalam ucapan perasmian penutup beliau antara lain menyatakan penghargaan pihak Kerajaan Negeri Pahang atas kejayaan operasi yang dijalankan, Pendekatan operasi secara berterusan dari masa ke semasa dengan tumpuan ke atas kawasan berisiko tinggi dalam Hutan Simpan Kekal, Tanah Kerajaan dan Tanah Milik menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang sentiasa serius dan komited dalam membendung aktiviti Lombong Haram dan Perlombongan Tidak Sah.

mb

Menurut Dato’ Sri Wan Rosdy, operasi ini akan diteruskan pada masa hadapan dan diperluaskan ke seluruh Negeri Pahang. Beliau juga menegaskan Kerajaan Negeri Pahang prihatin dalam memastikan hasil bumi diuruskan secara mampan bagi membolehkan ia boleh terus dinikmati oleh generasi akan datang.

ucapanmb

Dato’ Sri Wan Rosdy kemudiannya menyampaikan watikah dan sijil penghargaan kepada semua jabatan dan agensi penguatkuasaan yang terbabit di dalam Ops Lombong 4.0 ini. Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir. Azman bin Ab. Majid telah menerima watikah dan sijil berkenaan bagi pihak JMG Pahang.

jmgjmg

Dato’ Sri Wan Rosdy dan dif-dif jemputan kemudiannya berkenan melawat ruang pameran yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan JMG Pahang. JMG Pahang mempamerkan beberapa sampel batuan dan mineral yang menarik dan relevan di Negeri Pahang, termasuk sampel batuan berkandungan emas dan bauksit. Dato’ Sri Wan Rosdy dan dif-dif jemputan nampaknya sangat berminat dengan bahan pameran berkenaan dan beberapa persoalan dan perbincangan turut diutarakan oleh mereka.

pameranjmga

jmg2

Selepas sesi makan tengahari, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dan dif-dif jemputan dibawa melawat ke tapak lombong dan kilang pemprosesan Lombong Emas Penjom, Lipis.

lawatan

Majlis Penutup Ops Lombong 4.0 ini ditangguhkan pada pukul 3.00 petang. Sekian.

pameran

LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN KONSEP AWALAN.

LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN KONSEP AWALAN.

Cabang Tiga, 9 April 2019 – Lawatan oleh JKR Ibupejabat dan JKR Negeri Terengganu ke tapak pejabat baru telah diadakan pada hari ini, selasa jam 9.30 pagi.  Lawatan ini disertai oleh lima orang wakil terdiri daripada seorang wakil JMG Ibupejabat dan tiga wakil JMG Negeri Terengganu manakala lapan orang wakil JKR Ibupejabat dan seorang dari JKR Negeri Terengganu.  Taklimat berkaitan projek telah disampaikan oleh En. Mesran B Mahayat dari JKR Ibupejabat.

Pic 3

pic 2

Pic 4

Lawatan Pelajar-Pelajar Jurusan Kejuruteraan Kimia dari University of Nottingham ke PPM

Lawatan Pelajar-Pelajar Jurusan Kejuruteraan Kimia dari University of Nottingham ke PPM

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – Satu lawatan pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia dari University of Nottingham telah diadakan di Galeri PPM pada 4 April yang lalu. Lawatan tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang kerja-kerja penyelidikan R&D Mineral yang dijalankan di PPM.

Lawatan telah dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Pn Marlinda Binti Daud, Pegawai Penyelidik daripada Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP), dan diteruskan dengan tayangan video berkaitan dengan sejarah penubuhan PPM serta kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan di sini sebagai pengenalan kepada mereka.

Baca selanjutnya

LAWATAN KERJA YB MENTERI AIR TANAH DAN SUMBER ASLI KE KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

LAWATAN KERJA YB MENTERI AIR TANAH DAN SUMBER ASLI KE KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

1 April 2019 - Yang Berhormat Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Malaysia telah mengadakan sesi lawatan kerja selama dua(2) hari ke Kuala Terengganu.  Lawatan kerja ini secara khususnya bertujuan bagi kunjungan Hormat ke Pejabat Menteri Besar Terengganu, merasmikan persidangan Penolong Pegawai Tanah Ke-7 dan melawat tapak lombong serta melihat fasiliti kemudahan pelabuhan pasir silika di Kg. Bari, Setiu, Terengganu.

Lawatan YB Menteri telah diiringi oleh Yang Berusaha Datuk Zurinah Binti Pawanteh, Ketua Setiausaha Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli Malaysia, bersama ahli-ahli rombongan jemputan kementerian di Putrajaya. Turut hadir bersama sepanjang lawatan ialah ketua dan wakil jabatan dan agensi kementerian dari Negeri Pahang serta wakil-wakil dari pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Jemputan dari JMG Malaysia diketuai oleh Yang Berusaha Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi selaku Ketua Pengarah JMG Malaysia.

JMG Terengganu telah diberikan mandat bagi menguruskan perkara berkaitan lawatan lombong serta kawalan trafik semasa sesi lawatan YB Menteri ke lombong Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd.

Lawatan YB Menteri bermula dari Permai Hotel, Kuala Terengganu.  Pada pukul 1.15 tengah hari, menuju ke Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd tapak lombong pasir silika di Kg. Bari, Setiu. Tapak lombong yang di lawat ialah lombong yang masih aktif sejak 2014.  Penerangan ringkas telah diberikan oleh Mr. Surendra wakil dari pihak Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd berkenaan taklimat keselamatan, Terengganu Silica & High Purity Silica Project, serta lawatan tapak. 

Slide1

Slide2

Slide3

Slide4

Slide5

slide6

Slide7

LAWATAN PEMERIKSAAN BERSEPADU PENGARAH JMG KELANTAN DAN PENGARAH JAS KELANTAN KE LOMBONG MANGAN DI ARING 5 GUA MUSANG

LAWATAN PEMERIKSAAN BERSEPADU PENGARAH JMG KELANTAN DAN  PENGARAH JAS KELANTAN KE LOMBONG MANGAN DI ARING 5 GUA MUSANG

GUA MUSANG, KELANTAN 2 APRIL 2019 (SELASA) - Pemeriksaan bersepadu agensi teknikal telah dibuat ke atas lombong mangan di Aring 5, Gua Musang pada 2 April 2019. Agensi teknikal yang terlibat terdiri daripada Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan diketuai oleh Pengarah JMG Kelantan, Tuan Hj. Che Abdul Rahman bin Jaafar dan Jabatan Alam Sekitar Kelantan diketuai oleh Pengarah JAS Kelantan, Encik Hamzah bin Mohamad. Lawatan ini bertujuan memantau operasi perlombongan mangan dan kesannya terhadap pencemaran sungai-sungai yang terletak berhampiran dengan aktiviti perlombongan tersebut. Hasil daripada lawatan dan pemerikasaan tersebut beberapa arahan lisan telah dikeluarkan kepada pihak pelombong bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang semasa yang dikuatkuasakan

Baca selanjutnya