SELANGOR (22 APRIL 2019) - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bagi tahun 2018 telah berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre dan telah disempurnakan oleh YB. Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Seramai 855 orang telah menerima APC di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Dimaklumkan bahawa seramai 74 orang penerima APC daripada Jabatan Mineral & Geosains Malaysia telah hadir di dalam majlis tersebut. Bagi JMG Sabah terdiri daripada 7 orang penerima APC. Antara penerima APC tersebut adalah En. Jaineh Bin Linggi (Pegawai Geosains C44), En. Eddie Affandy Bin Mohd Yuslee (Pegawai Geosains C44), Pn. Normi Binti Adok (Pen.Pegawai Teknologi Maklumat FA29), En. Adyrean Edero Jingkah (Pen. Pegawai Geosains C29), En. Japili Bin Samin (Pembantu Geosains C26), En. Malai Osman Bin Malai Muhamad (Pembantu Geosains C22) dan En. John Ingkangu (Pembantu Operasi N11).
PELAKSANAAN PROGRAM "JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT BAGI TAHUN 2019" JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS NEGERI JOHOR
Johor Bharu, 23 April 2019 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9 Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Johor, satu(1) Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) telah dilaksanakan di JMG Negeri Johor bagi menyahut seruan mereka.
SEMINAR HEWLETT PACKARD ENTERPISE – WORKLOAD VIRTUALIZATION & INFOSIGHT BY INNOVIX DISTRIBUTION MALAYSIA
KOTA KINABALU (18 APRIL 2019) : Seminar telah dihadiri oleh Pn. Normi Adok (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, UPM, JMG Sabah) dan Pn. Besty Jenny Adim (Penolong Juruukur, UPM, JMG Sabah) yang diadakan di Marriott Hotel, Kota Kinabalu pukul 8:30 pagi hingga 1:30 petang. Seramai lebih kurang 20 peserta terdiri dari pelbagai agensi kerajaan negeri sabah dan swasta telah menghadiri seminar tersebut. Seminar dimulakan dengan pengenalan syarikat (Innovix Distribution Sdn Bhd) yang mana telah beroperasi sebagai pengedar teknologi di Malaysia sejak tahun 1978 dan berpangkalan di Petaling Jaya, Selangor.
Teknologi yang dikenalkan adalah HPE Nimble Storage yang mana memanfaatkan penyimpanan flash dan analisis ramalan untuk menghapuskan jurang dan menjamin ketersediaan 99.9999%, memberikan kapasiti terbaik setiap TB dalam industri dan reka bentuk untuk nilai hari ini dan masa depan (http://www.hpe.com/my/en/storage/nimble.html).
Sebelum bersurai pakar dari syarikat tersebut telah berkongsi dengan live demo, HPEFS financial solution for end user dan Q & A.
MESYUARAT PENGANJURAN MAJLIS PENYERAHAN TELAGA DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH DI KG. PIASAU, KOTA BELUD BIL. 2/2019
KG. PIASAU, KOTA BELUD (16 APRIL 2019) : Mesyuarat ini telah dijalankan bersama ahli jawatankuasa (MPKK – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) Kg. Piasau di Dewan Serbaguna Kg. Piasau, Kota Belud. Pengerusi MPKK Kg. Piasau juga telah membentangkan senarai semak mereka seperti Venue Setup, Menu Jamuan, Keselamatan dan Kebersihan. Mereka berharap dengan adanya kerjasama ini, dapatlah membantu meringankan sedikit beban ahli jawantankuasa dari JMG Sabah. Keseluruhan persediaan adalah berjalan lancar dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan kelak. Sorotan pertemuan bersama YB Datuk Ewon Benedick (Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah) merangkap ADUN N7 Kadamaian, tarikh cadangan awal perasmian pada 27 April 2019 telah dianjakkan ke 22 Jun 2019. Ahli jawantakuasa JMG Sabah yang hadir pada mesyuarat kali adalah En. Jaineh Lingi (Penolong Pengarah Kanan – Ketua Projek), En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (KUPM JMG Sbh) dan Pn. Besty Jenny Adim (Penolong Jurukur – UPM, JMG Sbh).
Majlis Persaraan dan Perpisahan Kakitangan JMG NSM
Seremban, 18 April 2019 - Satu Majlis Persaraan dan Perpisahan kakitangan JMG NSM telah diadakan di Hotel Palm Seremban. Majlis ini adalah bagi meraikan persaraan En Hamran bin Darus (Pembantu Geosains, Unit Geosains) dan pertukaran En Mohd Yusuf bin Asby (Penolong Pegawai Geosains, Unit Lombong dan Kuari). En Hamran bin Darus telah memilih untuk bersara pada usia 56 tahun setelah berkhidmat selama 33 tahun, manakala En Mohd Yusuf bin Asby pula akan bertukar ke JMG Sabah mulai Mei 2019 ini.