MAJLIS BERBUKA PUASA JMGSWP, 12 RAMADHAN (1440H)

MAJLIS BERBUKA PUASA JMGSWP, 12 RAMADHAN (1440H)

SHAH ALAM, Jumaat, 17 Mei 2019 - JMGSWP telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Hotel Grand Bluewave yang dihadiri oleh hampir keseluruhan warga jabatan yang disertai famili masing-masing, pelajar-pelajar latihan industri dari IPTA dan Pekerja-pekerja Sambilan Harian. Majlis yang meriah tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pengarah En. Jontih Enggihon serta Timbalan Pengarah En. Nicholas Jacob. Terima kasih.

Baca selanjutnya

MAJLIS TAKLIMAT PEMBANGUNAN SUMBER AIR BAWAH TANAH SEBAGAI BEKALAN AIR TAMBAHAN BAGI KAWASAN BERMASALAH AIR BERSIH DI NEGERI SELANGOR

MAJLIS TAKLIMAT PEMBANGUNAN SUMBER AIR BAWAH TANAH SEBAGAI BEKALAN AIR TAMBAHAN BAGI KAWASAN BERMASALAH AIR BERSIH DI NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, Jumaat, 17 Mei 2019 - Satu Majlis Taklimat Pembangunan Sumber Air bawah Tanah Sebagai Bekalan Air Tambahan Bagi Kawasan Bermasalah Air Bersih Di Negeri Selangor telah diadakan di Hotel Grand Bluewave. Sesi majlis dipengerusikan oleh Pengarah Negeri, Yang Berusaha En. Jontih Enggihon dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi kerajaan serta pihak berkuasa tempatan. Dengan membangunkan projek sumber air bawah tanah, ianya dilihat akan dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan bekalan air bersih di negeri Selangor seiring dengan memenuhi keperluan dalam kemajuan pembangunan mampan dan lestari.

Baca selanjutnya

MESYUARAT PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN DOKUMEN TENDER STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI (PAG) AKTIF BIL. 2/2019 DI SANDAKAN DAN LAWATAN TAPAK PAG LAHAD DATU, SABAH

MESYUARAT PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN DOKUMEN TENDER STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI (PAG) AKTIF BIL. 2/2019 DI SANDAKAN DAN LAWATAN TAPAK PAG LAHAD DATU, SABAH

SANDAKAN – LAHAD DATU, SABAH (13 – 19 MEI 2019) : Jadual dimulakan pada 13 Mei 2019 yang mana pegawai dari BPT telah membuat lawatan kerja ke pejabat JMG Malaysia, Sabah bagi menyampaikan Taklimat dan Penyerahan Data Geofizik Projek Mineral Berlogam di Taritipan Kota Marudu dan Projek Lembangan di Kota Belud. Pada masa yang sama, pegawai dari cawangan PPO Ibupejabat juga turut membuat naziran projek Bilik Pemantauan Penanda Aras Gempa Bumi yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Jadual 14 - 16 Mei 2019: ajk telah ke Sandakan untuk menggadakan satu mesyuarat bertempat di Sandakan Hotel, Sandakan bagi membincangkan penyediaan spesifikasi dan dokumen tender yang akan dilaksanakan sepertimana mengikut perancangan kelak. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Frederick Francis Tating (JMG Sabah) dan ahli-ahli yang hadir adalah En. Ahmad Zulkifli bin Kamaruzaman dan En. Mohd Safid bin Saad (BPT), En. Abdul Rahim bin Harun dan En. Mazlan bin Mohd Zain (Ibu Pejabat) serta ahli-ahli lain dari JMG Sabah iaitu En. Bailon Golutin, En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee dan Pn. Lena Anggie serta mesyuarat dibantu oleh Pn. Besty Jenny Adim (urusetia JMG Sabah) dan En. Dharmin bin Muaiyad (Pemandu).

Jadual 17 – 19 Mei 2019: ajk bertolak ke Lahad Datu untuk membuat lawatan tapak (MT & PAG). Ajk telah dibantu oleh kakitangan iaitu En. Awang Besar bin Hj. Kula (Penolong Pegawai Geosains), En. Ramlee bin Kalaham (Pembantu Geosains) dan En. Fiqria Haziq Ahyai Abdullah (Pemandu) yang sedang menjalankan kerja luar di Lahad Datu.

pic 1

pic 2

MESYUARAT AHLI J/KUASA KERJA-KERJA MENAIKTARAF TANDAS (LELAKI DAN WANITA) DI SEMUA ARAS BLOK JESSELTON DAN KINABALU, TANDAS LELAKI DI BLOK API-API DAN KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI JMG MALAYSIA, SABAH (JMG.SBH: 2/2019) BIL. 3/2010

MESYUARAT AHLI J/KUASA KERJA-KERJA MENAIKTARAF TANDAS (LELAKI DAN WANITA) DI SEMUA ARAS BLOK JESSELTON DAN KINABALU, TANDAS LELAKI DI BLOK API-API DAN KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI JMG MALAYSIA, SABAH (JMG.SBH: 2/2019) BIL. 3/2010

KOTA KINABALU (4 MEI 2019, SABTU) : Satu mesyuarat terakhir telah diadakan bertempat di Bilik Unit Pengurusan Maklumat bagi membincangkan penyediaan Dokumen Sebut Harga yang akan dilaksanakan sepertimana mengikut perancangan kelak. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee dan ahli-ahli yang hadir adalah En. Morius Bantas, Pn. Margaret Stephen Mozimin, En. Abdul Arif bin Tahar, dan Pn. Besty Jenny Adim.

0c8dfb77 989b 4523 92b5 1f28b798bee9 2

PROGRAM NAZIRAN PENGURUSAN DATA DI JMG MALAYSIA, SABAH

PROGRAM NAZIRAN PENGURUSAN DATA DI JMG MALAYSIA, SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (02 MEI 2019): Satu program naziran pengurusan data telah diadakan bertempat di Pejabat JMG Malaysia, Sabah bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Wakil dari Cawangan Pengurusan Maklumat, JMG Ibu Pejabat telah hadir bagi melaksanakan program tersebut iaitu Encik Mohd Shafiq Farhan bin Mohd Zainudin, Encik Suhaimizi Yusoff dan diketuai oleh Encik Zulkiflee Che Soh. Naziran ini dijalankan bagi membuat semakan, penilaian kaedah perolehan, penyimpanan dan perkongsian data serta pematuhan polisi keselamatan data yang diamalkan di Pejabat JMG Malaysia, Sabah. Beberapa penemuan telah dibincangkan seperti penyelenggaraan data asas yang dibekalkan, perkongsian data secara dalaman, penyebaran dan penjualan data geospatial dan pengurusan data mingeosis. Secara keseluruhannya objektif naziran adalah berjalan lancar.