MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2019 SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2019 SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.

Kuala Terengganu, 30 April 2019 - Majlis Perhimpunan Bulanan diadakan sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan telah diadakan di bilik mesyuarat Kasiterit.  Timb. Pengarah Sumber Mineral, yang berusaha En. Che Aziz B Che Soh telah menyampaikan perutusannya.  Dikesempatan ini juga beliau mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2018, iaitu En. Norzuhairil Bin Zubir, En. Mohd Harun Bin Muda, Pn. Noorazlina Bt Abdullah dan En. Mat yusof bin abd. Razak.

Majlis Perhimpunan diteruskan dengan ceramah dari Ustz. Nik Muhammad Nasri Bin Nik Malik, Penasihat Agama kepada YB Menteri Besar dengan tajuk Ramadhan Bulan Tarbiah.

Slide24

               Sumbangan kelab untuk kelahiran bulan April diterima oleh Pn. Aliana Bt Ali.

Slide25

             Sumbangan kelab kepada pengantin baru, Pn. Nor Azrah Bt Md Atan.

Slide20

Sesi perkenalan diri kakitangan Negeri unit Lombong Dan Kuari, En. Azam Azri B Mohamad

Slide33

Sesi perkenalan diri kakitangan PHS, Cik Atikah Bt Sulon.

Slide26

Ceramah dari Ustz. Nik Muhammad Nasri Bin Nik Malik

 

Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama PM

Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama PM

PUTRAJAYA, 30 April 2019 - Satu Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kerajaan Bersama-sama YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah diadakan di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. Majlis ini bertemakan “Perkhidmatan Awam Berintegriti Aspirasi Negara”. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri majlis ini dan beliau telah berkesempatan untuk bertanya soalan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

Baca selanjutnya

Kerja-Kerja Pemasangan Alat Dust Deposit Gauge (DDG) Dan Alat Weather Station HOBO Di Sekitar Kuari Negeri Sembilan Dan Melaka

Kerja-Kerja Pemasangan Alat Dust Deposit Gauge (DDG) Dan Alat Weather Station HOBO Di Sekitar Kuari Negeri Sembilan Dan Melaka

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 02 Mei 2019 telah menjalankan satu projek Sustainable Deposit Index(SDI). Projek ini dijalankan bagi mengetahui kadar taburan habuk termendap di suatu-suatu kawasan yang berhampiran dengan kuari khususnya. Projek SDI ini telah diketuai oleh Dr. Izhar Abadi Bin Ibrahim Rais selaku ketua Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian(CTPP) di Pusat Penyelidikan Mineral, seorang pegawai dan 4 orang kakitangan daripada Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian.

Kerja-kerja pemasangan alat ini bermula dengan pemberitahuan awal oleh pihak Pusat Penyelidikan Mineral kepada pihak kuari dalam satu Program Seminar Kesedaran Kemampanan Industri Pengkuarian dan Perlombongan Negeri Sembilan/Melaka bertempat di Nilai Spring Resort Hotel pada 28 Februari 2019.

Baca selanjutnya

PPM Merangkul Kejayaan Cemerlang dalam ITEX’19

PPM Merangkul Kejayaan Cemerlang dalam ITEX’19

Sekalung tahniah diucapkan kepada PPM kerana telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas dalam 30th International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2019 (ITEX’19) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2 - 4 April 2019 yang lalu.

Ini adalah penyertaan ke-5 PPM dalam pertandingan tersebut dan pada tahun ini, PPM telah menghantar 2 buah rekacipta untuk dipertandingkan iaitu Anti Thermal Shock Porcelain Whitewares oleh Pn Aspaniza Ahmad dan pasukannya dari Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL) dan Poly Art Marble: From Waste to Worth oleh Pn Hamizah Abdul Samad dan pasukannya dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT).

Baca selanjutnya