MESYUARAT UNIT SUMBER MINERAL BIL.2/2019 JMG SABAH

MESYUARAT UNIT SUMBER MINERAL BIL.2/2019 JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (3 MEI  2019) : JUMAAT, Mesyuarat Unit Sumber Mineral Bil.2/2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite yang telah bermula dari jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.45 petang. En. Webster Wong selaku Ketua Unit Sumber Mineral mempengerusikan mesyuarat tersebut. Antara yang telah dibincangkan adalah mengesahkan minit mesyuarat bil.1/2019, hal-hal berbangkit, Pelaporan projek pembangunan, MINGEOsis dan hal-hal lain. Semua kakitangan Unit Sumber Mineral telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Selesai mesyuarat, semua kakitangan Unit Sumber Mineral begitu gembira sekali kerana En.Webster Wong dan En. Azizan dengan ikhlas menyumbangkan wang dan tenaga untuk membeli Pizza Hut untuk disajikan kepada semua kakitangan yang telah hadir dalam mesyuarat tersebut.

Baca selanjutnya

Majlis Tandatangan Perjanjian Kerjasama Pintar antara Northern Dolomite Sdn Bhd dan PPM, JMG

Majlis Tandatangan Perjanjian Kerjasama Pintar antara Northern Dolomite Sdn Bhd dan PPM, JMG

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 29 April 2019. Menteri Besar Perlis yang telah diwakili oleh YB Tuan Teh Chai Aan iaitu Exco Sumber Asli dan Alam Sekitar telah hadir bersama dengan YBHG. Datuk Hj. Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG serta rombongan dalam Majlis Tandatangan Perjanjian Kerjasama Pintar antara Northern Dolomite Sdn Bhd dan PPM yang telah diadakan pada 29 April 2019 bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.

Dalam kerjasama ini, PPM akan menyediakan kepakaran dan teknologi bagi mengoptimumkan penggunaan sisa bahan dan sampingan industri pengkuarian dolomit bagi menghasilkan produk iaitu marmar sintetik yang kompetitif dan setanding dengan produk komersial menggunakan bahan import.

Baca selanjutnya