IPOH, PERAK (29 – 30 APRIL 2019): Satu Program Kesedaran Keselamatan Siber JMG telah diadakan bertempat di Dewan Seminar Pusat Penyelidikan Mineral PPM, Perak. Seminar dimulakan dengan perasmian yang disempurnakan oleh Encik Kamal bin Daril, Timbalan Ketua Pengarah (KEM). Sebanyak tiga ceramah telah dikongsikan pada hari pertama yang mana menyentuh mengenai Polisi Keselamatan Siber KATS, Pengurusan Keselamatan Portal dan Pengenalan kepada ISMS (Information Security Management System/Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat). Pada hari kedua sebanyak dua ceramah telah dikongsikan iaitu Perlindungan Ketirisan Maklumat dan Pelaksanaan Persijilan ISMS di JMG. Seminar diakhiri dengan sesi perkongsian teknologi dan penyampaian sijil kepada wakil peserta program. JMG, Sabah telah menghantar seramai tiga orang pegawai iaitu Encik Wong Vui Chung @ Webster (Ketua Penolong Pengarah), Encik Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (Penolong Pengarah Kanan/KUPM) dan Puan Lena Anggie (Pegawai Teknologi Maklumat).
WARNA WARNI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA KESKET 2019 DI HOTEL GRANDPUTERI, KUALA TERENGGANU.
Ahad, 12 Mei 2019 – Majlis Iftar KESKET, JMGTGG telah diadakan bertempat di Dewan Makan, Hotel GrandPutri, Kuala Terengganu, Terengganu. Majlis anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Negeri Terengganu (KESKET) ini merupakan majlis yang jarang-jarang sekali diadakan dimana yang sebelumnya diadakan pada tahun 2009.
INSPEKTORAT KESELAMATAN DI JMG JOHOR
Johor Bahru, 07 Mei 2019 - JMG Johor telah menerima lawatan daripada Pasukan Inspektorat, Unit Inspektorat Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Johor. Tujuan utamanya ialah untuk mengadakan audit berkenaan pematuhan keselamatan perlindungan di JMG Johor.
KURSUS PEMANDUAN OLEH JKJR & JPJ
ALOR SETAR: Sebagai usaha untuk memantapkan pengetahuan mengenai undang-undang jalan raya serta skill memandu kakitangan JMG KPP terutamanya pemandu jabatan, JMGKPP telah melaksanakan Kursus Pemanduan Oleh JKJR & JPJ pada 21 April 2019 yang lalu.
KURSUS PENGURUSAN REKOD DAN FAIL SECARA 'IN-HOUSE'
ALOR SETAR, KEDAH: Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod Dan Fail Secara 'In-House' selama 3 hari bermula 14 April 2019 sehingga 16 April 2019.