Sambutan Hari Raya Aidilfitri di JMG NSM

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di JMG NSM

Seremban, 28 Jun 2018 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat JMG NSM telah diadakan di perkarangan bangunan JMG NSM. Sambutan yang meriah ini telah dihadiri oleh semua kakitangan JMG NSM dan beberapa orang kakitangan dari Ibu Pejabat, Selangor dan dari negeri-negeri lain. Program ini diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan Pejabat. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya pertandingan menganyam ketupat, kuiz dan pertandingan pakaian tercantik.

 

Lawatan kerja Menteri ke JMGM

Lawatan kerja Menteri ke JMGM

Putrajaya, 10 Julai 2018 - YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), YB Dr Xavier Jayakumar telah melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains jam 3.00 petang. Di dalam perjumpaan tersebut, Ybhg Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG memberi taklimat kepada rombongan YBM berkaitan JMG dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan. Turut hadir dalam majlis itu ialah semua Timbalan Ketua Pengarah, pengarah kanan dan pengarah JMG Negeri termasuk Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM.


Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Menteri Melaka

Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Menteri Melaka

Ayer Keroh, Melaka, 6 Julai 2018 - Satu kunjungan hormat oleh Ybhg Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG kepada YAB Tuan Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka telah diadakan di Pejabat Ketua Menteri Melaka. Beberapa isu berkaitan peranan JMG di Melaka telah dibincangkan. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM dan Encik Hairul bin Mohamed Shaharudin, Ketua Unit Lombong dan Kuari  turut serta dalam hadir dalam kunjungan tersebut.

Baca selanjutnya