Perhimpunan Bulanan Melaka

Perhimpunan Bulanan Melaka

Ayer Keroh Melaka, 9 April 2018 - Satu Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil. 4/2018 telah diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada 9.4.2018. Perhimpunan Bulanan kali ini dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Negeri Melaka (MOTAC). Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut hadir dalam perhimpunan tersebut.

Perasmian Telaga Tiub di Lundu, Sarawak

Perasmian Telaga Tiub di Lundu, Sarawak

Lundu Sarawak, 7 April 2018 - Satu Majlis Perasmian Telaga Tiub dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR) telah diadakan di SMK Senibong, Lundu, Sarawak pada 7.4.2018. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ranum anak Mina, ADUN N.1 Opar. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Suhaimi bin Haji Mamat, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Sumber Asli) NRE, YBhg. Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG, Encik Enggong Aji, Pengarah JMG Sarawak dan En. Joanes Muda, Pengarah JMG Negeri Sembilan/Melaka.

Baca selanjutnya

Program Wacana Transformasi Nasional 2050

Program Wacana Transformasi Nasional 2050

Ayer Keroh, 5 April 2018 - Satu Program Wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) telah diadakan pada 5.4.2018 di Auditorium Seri Negeri, Blok Laksamana, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Program Wacana ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-pekarja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Negeri Melaka. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut hadir dalam perhimpunan tersebut.