Seremban , 23hb Januari 2018 : Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM telah membuat lawatan kerja ke tiga buah tapak kuari, iaitu Eng Lian Quarry S/B dan Spring Energy S/B yang berada dalam Daerah Seremban dan Tanah Merah Quarry S/B yang berada dalam Daerah Port Dickson. Tujuan lawatan ini adalah untuk berbincang dengan pengusaha-pengusaha kuari berkaitan dengan status pematuhan terhadap peraturan-peraturan kuari serta peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan. Disamping itu, masalah-masalah yang dihadapi oleh pegusaha-pengusaha kuari juga dibincangkan. Turut serta dalam lawatan ini adalah Ketua Unit Lombong dan Kuari, Encik Hairul bin Mohamed Shaharudin dan Encik Mohd Azmiran bin Amran, Penolong Pegawai Geosains.
PAMERAN SEMPENA PROGRAM NATURE FUN RIDE NRE 2018
Putrajaya, 14 Januari 2018 – JMG NSM telah menyertai Pameran sempena Program Nature Fun Ride NRE 2018 yang telah diadakan di sekitar Putrajaya. Seramai 7 orang kakitangan JMG NSM telah menyertai pameran ini. Sambutan ke tapak pameran dari semua peserta program berbasikal ini sangat menggalakkan .
Selamat Tahun Baru 2018
PERTANDINGAN BOWLING KESMIG 2017
Seremban, 18 Disember 2017 – Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan JMGNSM (KESMiG) telah menganjurkan pertandingan bowling antara ahli KESMiG.
Sebanyak 11 (sebelas) kumpulan telah bertanding bagi merebut gelaran Juara Kumpulan dan Jatuhan Pin Terbanyak bagi kategori Lelaki dan Wanita. Kumpulan dibentuk melalui undian yang telah diadakan pada 15 Disember 2017. Pertandingan yang diadakan di Ampang Superbowl, Seremban Prima ini merupakan acara tahunan yang seringkali dianjurkan oleh KESMiG. Pertandingan bowling ini memberi banyak faedah kerana sukan ini selain dapat menyihatkan badan, ianya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ahli KESMiG. Group D yang terdiri daripada En Azemi, En Norazman dan Puan Suriayati telah merangkul gelaran Juara Kumpulan, manakala En Jefri merupakan Johan bagi Jatuhan Pin Terbanyak (Lelaki) dan Puan Nor Hasikin merupakan Johan bagi Jatuhan Pin Terbanyak (Wanita).
Sumbangan Artikel : Pn. Norliza Azman
LENGGENG FUN RIDE 2017
Lenggeng, 17 Disember 2017 – Seramai 5 (lima) orang kakitangan JMGNSM telah mewakili Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan JMGNSM (KESMiG) di dalam acara Lenggeng Fun Ride 2017 yang telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Nilai pada hari Ahad yang lalu. Kakitangan tersebut adalah En Saiful Azwan, En Jefri, En Zulkefly, Puan Nadiya dan Puan Norliza.
Program berbasikal ini telah memberi peluang kepada peserta beriadah sambil menikmati keindahan kampung dengan jarak kayuhan sejauh 21km mengelilingi kawasan Lenggeng. Pelepasan telah dilakukan pada jam 7:30 pagi oleh Yang Dipertua MPN, Datuk Abd Halim Abd Latif di padang sekolah Kebangsaan Mendom, Lenggeng dan dirasmikan pada jam 10:00 pagi oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Y.B. Dato’ Haji Abu Ubaidah Bin Dato’ Haji Redza. Program ini telah berjaya menarik minat kira-kira 300 peserta yang merangkumi pelbagai peringkat usia dan yang menariknya peserta bukan sahaja terdiri dari warga Negeri Sembilan tetapi juga dari Negeri Selangor, Negeri Melaka dan Negeri Johor.
Sumbangan artikel : Pn. Norliza Azman