Pameran Sempena Persidangan Pentadbir Tanah Ke-20

Melaka, 30 September 2013 - JMG Negeri Sembilan dan Melaka bersama JMG Ibu Pejabat telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Persidangan Pentadbir Tanah ke-20 anjuran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian ( JKPTG ) yang bertempat di Hotel Holiday Inn, Melaka. Program yang telah berlangsung selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung. Selain daripada JMG, terdapat beberapa jabatan lain yang telah turut serta dalam pameran tersebut, antaranya adalah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ( JPSM ), Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah Melaka, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) dan JKPTG. Sambutan dari semua pihak terutamanya pihak hotel, penganjur dan peserta persidangan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Seremban, 6 Ogos 2013 - Suasana hari raya semakin dirasakan oleh seluruh kakitangan JMG. Justeru itu, kami mewakili seluruh kakitangan di Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan / Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon maaf atas segala salah dan silap. Kami juga mendoakan agar semua sahabat selamat di dalam perjalanan dan semoga Aidil Fitri ini amat bermakna buat kalian semua. Ikhlas dari kami, Warga JMG NSM.

Piala Pengarah JMG NS/M (Pertandingan Dart Berpasukan - Jemputan)

 

 

 

JMG NS/M, 18 – 20 Mac 2013 : Satu pertandingan dart Piala Pengarah JMG NSM telah diadakan di pejabat ini dan telah disertai oleh 10 pasukan dari pelbagai jabatan dari dalam dan luar Negeri Sembilan. Pasukan-pasukan tersebut telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Granite dan Limestone. Kumpulan Granite di anggotai oleh JMG NSM Jade, JMG Selangor / Wilayah Persekutuan, UPEN Negeri Sembilan, Akademi Imigresen 2 dan Pejabat Kewangan Negeri  Sembilan manakala Kumpulan Limestone di wakili oleh Majlis Daerah Jelebu, JMG NSM Gold, Jabatan Penjara Seremban, Akademi Imigresen 1 dan  JUPEM Negeri Sembilan. JMG NSM telah menghantar 2 pasukan iaitu Gold dan Jade. Pertandingan ini dijalankan secara Round Robin.

Sebagai menyempurnakan pertandingan ini, Tuan Pengarah JMG NSM, En.Mustafar bin Hamzah telah dijemput untuk upacara perasmian. Pertandingan ini berjalan lancar dan persaingan adalah sengit kerana kesemua jabatan menunjukkan permainan yang sangat hebat.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :-

Tempat Pertama - Jabatan Penjara Seremban

Tempat Kedua - JMG NSM Jade

Tempat Ketiga - JMG Selangor / Wilayah Persekutuan

Tempat Keempat - Majlis Daerah Jelebu

Pihak urusetia mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang telah  berjaya dan kepada yang tidak berjaya diharap dapat terus berlatih untuk pertandingan akan datang.