Putrajaya, 8 Februari 2018 - Satu majlis Penyerahan Watikah Lantikan kepada pengarah-pengarah negeri telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat JMG di Putrajaya. Penyerahan watikah lantikan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM telah menerima watikah lantikan sebagai Pengarah JMG NSM dalam majlis tersebut.
Program X'presi Santai
Putrajaya, 8 Februari 2018 - YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan sesi perjumpaan dengan Pengarah Jabatan/Agensi Negeri di bawah NRE selaras dengan konsep “Merakyatkan Perkhidmatan Awam”. Program ini bermatlamat sebagai satu sesi perkongsian pengalaman, pengetahuan dan meningkatkan jaringan kerjasama serta interaksi di antara YB Menteri dengan Pengarah Jabatan/Agensi Negeri di bawah NRE. Majlis ini telah di adakan di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Putrajaya. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut hadir dalam majlis tersebut.
Sumbangan artikel : Encik Joanes Muda
TAHNIAH DATUK HJ SHAHAR EFFENDI BIN ABDULLAH AZIZI
Seluruh Warga Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Ketua Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Tuan Hj Shahar Effendi bin Abdullah Azizi di atas pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah pada 1 Februari 2018.
Semoga JMG terus cemerlang dibawah pimpinan Datuk.
Selamat Maju Jaya En Azemi
Seremban, 12 Januari 2018 - Seluruh warga JMG NSM mengucapkan tahniah dan syabas kepada En. Azemi bin Hj Eki, Timbalan Pengarah JMG NSM yang akan memulakan tugas sebagai Pengarah di JMG Terengganu mulai 15 Januari 2018.
Doa kami semoga En.Azemi akan terus cemerlang di tempat baru. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang En. Azemi berada di JMG NSM.
Lawatan Kerja ke Tapak Kuari
Seremban, 24hb Januari 2018 - Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM telah membuat lawatan kerja ke enam buah tapak kuari yang berada dalam Mukim Labu, Daerah Seremban. Kuari-kuari tersebut adalah Malaysian Rock Products S/B, Jaksa Quarry S/B, Highway Quarry S/B, Hanson Quarry Product S/B, Batu Tiga Quarry S/B dan Romila Marketing S/B. Tujuan lawatan ini adalah untuk berbincang dengan pengusaha-pengusaha kuari berkaitan dengan status pematuhan terhadap peraturan-peraturan kuari serta peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan. Disamping itu, masalah-masalah yang dihadapi oleh pegusaha-pengusaha kuari juga dibincangkan. Turut serta dalam lawatan ini adalah Ketua Unit Lombong dan Kuari, Encik Hairul bin Mohamed Shaharudin dan Encik Mohd Yusuf bin Asby, Penolong Pegawai Geosains dan Encik Azmiran bin Amran, Pembantu Geosains.