CERAMAH KESIHATAN : KENALI LABEL MAKANAN ANDA

CERAMAH KESIHATAN : KENALI LABEL MAKANAN ANDA

Seremban, 15 Disember 2017 – Biro Kebajikan dan Kerohanian, Kelab Sukan dan Kebajikan JMGNSM (KESMiG) telah menjemput Pakar Pemakanan dari Hospital Pakar SALAM Senawang, Cik Fadhilah binti Muhammad Razi untuk memberikan ceramah kesihatan yang bertajuk “Kenali Label Makanan Anda”.

Beliau telah memberikan pendedahan tentang bagaimana membaca label makanan atau nutrition fact pada setiap produk makanan yang dijual di pasaran. Pendedahan yang telah diberikan sedikit sebanyak membantu staf JMGNSM dalam membuat pilihan mengenai produk pemakanan yang bersesuaian dengan keperluan dan penyakit yang dihadapi.

Sambutan Hari Inovasi JMG NSM 2017

Sambutan Hari Inovasi JMG NSM 2017

16 November 2017 yang lalu telah berlangsung ‘Explorace Hari Inovasi’ sempena Sambutan Hari Inovasi bagi Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka. Program Explorace ini merupakan pertama kali diadakan bagi memupuk semangat setiakawan dikalangan pegawai dan kakitangan. Manakala pada 17 November 2017 telah diadakan Majlis perhimpunan Bulanan serta Sambutan Hari Inovasi Peringkat Jabatan yang telah disempurnakan oleh Encik Joanes Bin Muda, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Sembilan dan Melaka. Simbolik penyerahan Borang Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) juga diadakan pada majlis perhimpunan tersebut. Sahabat Gerah ini dilancarkan oleh Ybhg Tan Sri Dzulkifli bin Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2017 yang lalu dan antara matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada seluruh masyarakat terlibat sama dalam usaha – usaha pencegahan rasuah di negara ini. Oleh itu saranan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia supaya semua Warga JMGNSM wajib menjadi ahli Sahabat Gerah.

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG NSM KE PEJABAT SETIUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG NSM KE PEJABAT SETIUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 8 NOV : Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka (JMG NSM) yang baharu, Yang Berusaha Encik Joanes Muda telah membuat kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus, YB Dato’ Seri Hj Mat Ali bin Hasan di pejabat beliau di Wisma Negeri, Negeri Sembilan.

Diharap kunjungan hormat ini dapat memantapkan kerjasama di antara Kerajaan Negeri Sembilan dan JMG.

Kunjungan Hormat Pengarah JMG NSM ke Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Melaka

Kunjungan Hormat Pengarah JMG NSM ke Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Melaka

MELAKA, 7 NOV : Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka (JMG NSM) yang baharu, Yang Berusaha Encik Joanes Muda telah membuat kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Seri Hj. Naim Bin Abu Bakar di Pejabat beliau di Seri Negeri, Melaka. 

Ini adalah kunjungan hormat yang pertama beliau sejak dilantik sebagai Pengarah JMG NSM bermula pada 16 Oktober 2017 yang lalu.

Kunjungan hormat ini diharap dapat memantapkan lagi jalinan kerjasama di antara Kerajaan Negeri Melaka dan JMG. 

Majlis Perhimpunan Bulanan & Sambutan Hari Inovasi 2013

11-12 Disember 2013, Majlis perhimpunan bulanan dan sambutan hari inovasi telah diadakan di Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Sembilan Dan Melaka.Majlis tersebut telah berlangsung selama dua hari yang melibatkan pelbagai aktiviti iaitu pertandingan Kumpulan Kreatif dan Inovasi (KIK), persembahan koir, jemputan luar dari Geo-solution Resources Sdn. Bhd. dan Penyampaian Anugerah Pekerja Terpilih 2013 dengan slogan 'Budaya Inovasi Pemacu Transformasi Tekini'.

Baca selanjutnya