MAJLIS TITIPAN BUDI KILAUAN BAKTI 2017

MAJLIS TITIPAN BUDI KILAUAN BAKTI 2017

Pada 6 November 2017 (Isnin) telah berlangsung majlis hi-tea di Hotel Symphony Suites, Ipoh bagi meraikan persaraan dan perpisahan kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) ini telah diserikan oleh ucapan perasmian Pengarah PPM, Tn Hj Md Muzayin Alimon yang juga selaku Penasihat KSKPPM.

Baca selanjutnya

PPM Menjadi Juara Pertandingan Inovasi 1NRE, 2017 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

PPM Menjadi Juara Pertandingan Inovasi 1NRE, 2017 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Amat Berbangga!

Sejambak tahniah buat PPM kerana telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Inovasi 1NRE, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, bagi tahun 2017.

PPM melalui penyelidik utama, Dr Rohaya Bt Othman dan pasukannya EUREKA, telah mempertaruhkan inovasi bertajuk Penghasilan Kertas Menggunakan Sisa Buangan dari Industri Gas Asetilina sebagai bahan Pengisi, bagi pertandingan tersebut.

Pasukan EUREKA telah membawa pulang sebuah piala dan wang tunai berjumlah RM5,000.

Pengumuman kejayaan ini telah dibuat pada 19 hb. Disember 2017, sempena Perhimpunan Bulanan 1NRE bagi bulan Disember 2017, di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Baca selanjutnya

KERJA LAPANGAN DI LANGKAWI

KERJA LAPANGAN DI LANGKAWI

Seramai 42 orang Pegawai Penyelidik dan Pembantu Penyelidik, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah membuat lawatan sambil belajar dan kerja lapangan di Langkawi, Kedah pada 24 – 26 November 2017.

Tujuan lawatan dan kerja lapangan ini diadakan ialah bagi memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan baharu PPM mengenai pembentukan mineral dan batuan di Malaysia. Pengetahuan tentang mineral dan geosains ini amat penting, kerana ianya menjadi asas kepada aktiviti R&D mineral di PPM. Ahli rombongan telah dibawa dan melihat kejadian pembentukan ketiga-tiga jenis batuan yang terdapat di Langkawi iatu batuan igneus, sedimen dan metamorfik. Disamping itu juga mereka dibawa dan mengkaji pembentukan hot spring, kejadian sesar, retakan, proses luluhawa dan hakisan.
Sepanjang kerja lapangan, ahli rombongan PPM telah diberi taklimat dan tunjuk ajar oleh En Aminudin Bin Mahmud, Timbalan Pengarah, PPM.

Adalah diharapkan kerja lapangan ini memberi manfaat kepada pegawai dan kakitangan terlibat, lebih-lebih lagi bagi pembelajaran dan penggandaan ilmu staf baharu PPM.

Baca selanjutnya

PPM Berjaya Migrasi Kepada MS ISO 9001:2015

PPM Berjaya Migrasi Kepada MS ISO 9001:2015

Sekalung tahniah buat PPM atas kejayaan melepasi audit pengawasan (Surveillance Audit) yang telah dijalankan pada 14 – 15 Disember 2017 oleh pasukan auditor dari SIRIM QAS. Mereka terdiri daripada Puan Meena Regawan selaku ketua auditor, Dr. Yap Chee Keong dan Puan Rohana Saub.

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang dilaksanakan di PPM pada tahun ini melibatkan migrasi daripada MS ISO 9001:2008 kepada versi baru MS ISO 9001:2015 serta penambahan skop daripada Ujian Pemprosesan Bijih Timah (UPBT) kepada Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) iaitu melibatkan bijih timah, bijih besi, bijih emas dan pasir silika. PPM mula menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2008 dari SIRIM pada Disember 2012 untuk skop Ujian Batu Dimensi (UBD).

Baca selanjutnya

BENGKEL ACID MINE DRAINAGE (AMD) Anjuran Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

BENGKEL ACID MINE DRAINAGE (AMD)  Anjuran Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

Bengkel Acid Mine Drainage (AMD) telah diadakan pada 29 hingga 30 November 2017. Bengkel ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral dengan kerjasama Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP). Bengkel ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada hari pertama diadakan syarahan yang bertempat di Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Mineral manakala pada hari kedua ialah program lawatan ke Lombong Rahman Hydraulic Tin (RHT) Sdn. Bhd. Pengkalan Hulu, Perak.

Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan pembantu penyelidik PPM serta 5 orang pegawai dan pembantu geosains dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Jabatan Mineral dan Geosains negeri Perak telah mengikuti bengkel ini.

Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Malek bin Selamat, Pegawai Penyelidik Q52, mewakili Tuan Pengarah PPM.

Baca selanjutnya