Lawatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke Pusat Penyelidikan Mineral, JMG

Lawatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke Pusat Penyelidikan Mineral, JMG

Pada 19 Oktober 2016, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan seramai 45 orang pelajar dan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Para pelajar dan pensyarah dibawa melawat ke Galeri PPM dan telah diberi taklimat mengenai perjalanan organisasi dan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dilaksanakan di PPM oleh En Aminudin bin Mahmud, Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP).

Baca selanjutnya

Majlis Paluan Berundur 2016

Majlis Paluan Berundur 2016

IPOH, 27 SEPTEMBER 2016: Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi persara 2016 dan awal 2017. Pada kali ini majlis di beri nama iaitu Majlis Paluan Berundur 2016 yang dicetuskan oleh YDP KSKPPM iaitu Tuan Haji Dr Izhar Abadi bin Ibrahim Rais. Majlis Paluan Berundur 2016 telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah iaitu Encik Mahadi bin Abu Hassan.

Baca selanjutnya

PPM MEMENANGI DUA PINGAT EMAS DALAM iidex2016

PPM MEMENANGI DUA PINGAT EMAS DALAM iidex2016

Dua pasukan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah berjaya merangkul 2 pingat emas semasa pertandingan sempena Invention, Innovation & Design Exposition 2016 (iidex2016) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ekspo ini telah diadakan pada 20 - 23 September 2016 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.
 
Dua rekacipta dari PPM ini ialah Malaysian Low Cost Leucite Ingot for Restorative Dental Applications oleh Pn. Siti Mazatul Azwa bt Saiyed Mohd Nurddin, Hj. Malek b. Selamat, Dr. Hajah Rashita bt. Abd. Rashid dan Ahmad Hafiz’s b. Hamsan. Manakala satu lagi rekacipta ialah Anti Thermal Shock Porcelain Tablewares oleh Pn. Aspaniza bt Ahmad, Hj. Abdul Rois b. Abdul Mois, Hj. Kori b. Mohamad dan Pn. Loo Guek Hong.

Baca selanjutnya

Lawatan teknikal PUM-UTeM dan MCIS Safety Glass

 Lawatan teknikal PUM-UTeM dan MCIS Safety Glass

Pada 16 Ogos 2016, Encik Mohamad Haniza Mahmud dan Encik Mohd Idham Mustaffar berbincang dengan Mr. Ng Yong Siong, Pengarah Kumpulan Syarikat PUM Cullet Glass Sdn. Bhd, Pasir Gudang Johor. Perbincangan teknikal ini berkaitan dengan penggunaan kaca kitar semula dalam penghasilan jubin kaca-seramik.

Manakala pada 17 Ogos 2016, perbincangan teknikal berkaitan dengan projek jubin kaca dan perbincangan mengenai kerjasama pintar antara PPM dan UTeM di UTeM. PPM diwakili oleh Encik Mohamad Haniza Mahmud dan Encik Mohd Idham Mustaffar manakala UTeM diwakili oleh Prof. Madya Prof. Dr. Jariah binti Mohamad Joui.

Baca selanjutnya

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Pusat Penyelidikan Mineral 2016

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Pusat Penyelidikan Mineral 2016

Setiap tahun negara kita akan mengadakan sambutan hari kemerdekaan negara bagi mengingati detik bersejarah yang amat berharga kepada semua rakyat Malaysia.  Bersempena dengan hari kemerdekaan negara, AJK Sambutan Kemerdekaan Peringkat PPM telah mengadakan beberapa aktiviti bagi menyemarakkan lagi Sambutan Kemerdekaan kali ke 59 pada tahun 2016 ini.  Bermula 29 Ogos 2016, AJK Sambutan Kemerdekaan telah mengadakan aktiviti-aktiviti Kibaran Jalur Gemilang di Dataran PPM, senamrobik dan Jejak Merdeka.  Manakala acara mendeklamasi sajak Kemerdekaan dan Tayangan Video β€˜MALAYSIA #sehatisejiwa’ telah diadakan pada 30 Ogos 2016 semasa Perhimpunanan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral.

Baca selanjutnya