LAWATAN KE MUZIUM ARKEOLOGI, LENGGONG DAN SIDRATUL EDAR, KUALA KANGSAR

LAWATAN KE MUZIUM ARKEOLOGI, LENGGONG DAN SIDRATUL EDAR, KUALA KANGSAR


Di bawah Pelan Integriti Nasional (PIN), AKRAB PPM, JMG dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan (KSK), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan lawatan ke Muzium Arkeologi, Lenggong Dan Sidratul Edar, Kuala Kangsar pada 24 Mei 2016.  Program tersebut telah dihadiri seramai empat puluh lima (45) kakitangan PPM.  Program ini  sebagai pendedahan kepada kakitangan PPM-JMG mengenai sejarah arkeologi di Muzium Arkeologi, Lenggong, Perak.  Disamping juga para peserta berpeluang untuk melawat kilang di Sidratul Edar Corp, Kuala Kangsar yang mengeluarkan produk halal muslim yang mendapat pengiktirafan Islamic Manufacturing Process Practice (IMP).  Selain daripada itu peserta juga sempat beriadah di pusat rekreasi Lata Kekabu, Lenggong sambil menjamu selera makan tengahari.

Baca selanjutnya

PPM MEMENANGI PINGAT EMAS DAN PERAK DALAM ITEX’16

 PPM MEMENANGI PINGAT EMAS DAN PERAK DALAM ITEX’16

12–14 Mei 2016 - Pameran Inovasi dan Rekacipta Antarabangsa kali ke 27 (ITEX’16) telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Bersekali dengan pameran ini, telah diadakan juga pertandingan bagi inovasi dan rekacipta dalam pelbagai bidang dan kategori. Pada kali ini, Pusat Penyelidikan Mineral telah menghantar dua penyertaan dalam pertandingan ini yang merangkumi bidang persekitaran dan tenaga diperbaharui dan juga teknologi maklumat. Tahun ini merupakan penyertaan PPM buat kali yang ke 2 dalam ITEX.

Baca selanjutnya

Lawatan Teknikal ke Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd

Lawatan Teknikal ke Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd

11 April 2016    -    Satu lawatan ke Vale Minerals Sdn Bhd telah diadakan yang terletak di Teluk Rubiah, Lumut, Perak. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat dan mempelajari dengan lebih dekat operasi Vale Iron Ore Distribution Centre, Lumut atau dikenali sebagai Teluk Rubiah Maritime Terminal (TRMT) untuk dijadikan sebagai panduan bagi penyediaan garispaduan dan SOP operasi pengimportan dan pengeksportan bahan secara pukal terutama untuk bijih bauksit di Kuantan. Lawatan ini diketuai oleh Dr Shamsul Kamal Sulaiman dari Pusat Penyelidikan Mineral. Seramai 13 pegawai mengikuti lawatan ini yang terdiri dari 8 pegawai dari Jabatan Mineral dan Geosains, seorang pegawai dari Lembaga Pelabuhan Kuantan dan 4 pegawai dari Kuantan Port Consortium.

Baca selanjutnya

Perbincangan Berkenaan Cadangan Menjalankan Proses Heap Leaching Berskala Loji Pandu di Bukit Ibam

Perbincangan Berkenaan Cadangan Menjalankan Proses Heap Leaching Berskala Loji Pandu di Bukit Ibam

18 April, 2016 - Syarikat Borneo Oil & Gas Corporation Sdn Bhd telah berkunjung ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dan membentangkan cadangan untuk menjalankan proses “Heap Leaching” berskala loji pandu di Bukit Ibam. Pihak Syarikat Borneo Oil & Gas Corporation Sdn Bhd telah diwakili oleh En. Balakrishnan dan En. Zakaria.  Sementara PPM diwakili oleh Dr Shamsul Kamal Sulaiman, Dr Nazwin Ahmad, Dr Ismail Ibrahim, En Mohd Syahrir Mohd Rozi dan Cik Fatihah Azmi.  Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah Tuan Haji Hisamuddin Termidi, Ir Juna Azleen Abdul Ghani dan En Hanizam Shah Saidin.

Baca selanjutnya

PERTANDINGAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING ANJURAN KSKPPM

PERTANDINGAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING ANJURAN KSKPPM

19 MAC 2016 - Satu pertandingan bowling antara cawangan-cawangan di PPM anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) telah diadakan di Ocean Bowl Setiawan, Perak.  Program ini adalah atas inisiatif dan usaha Biro Sukan KSKPPM untuk menjadikan pertandingan ini salah satu acara sukan yang dapat merapatkan lagi ukhwah sesama kakitangan-kakitangan kumpulan sokongan dengan pegawai-pegawai dan juga ahli keluarga kelab KSKPPM serta untuk membudayakan semangat kesukanan didalam jiwa ahli kelab KSKPPM.

Baca selanjutnya