Pada 25 Mei 2017, satu program kerja persampelan dan bincang teknikal telah dijalankan oleh Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). CTBL telah menjalankan kerja mengambil sampel lempung bebola yang diproses di kilang Syarikat Changkat Rembian Mineral Sdn. Bhd. (CRM), di kawasan Bidor dan dalam perjalanan balik singgah di Kilang Lavendar Ceramic Sdn. Bhd, di Batu Gajah untuk berbincang teknikal mengenai kerja-kerja pra-pengkomersilan yang boleh dijalankan di peringkat kilang berkenaan.
CRM adalah syarikat yang menjalankan aktiviti pemprosesan dan pengeluaran lempung bebola setempat untuk dipasarkan di dalam dan di luar negeri. CTBL telah banyak menjalankan penyelidikan menggunakan lempung bebola-lempung bebola yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Dengan peluang lawatan dan kerja persampelan ini diharapkan mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan membuka peluang mengetahui dan melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak syarikat.
Baca selanjutnya