LAWATAN LAPANGAN PENGENALAN KERJAYA GEOLOGI

LAWATAN LAPANGAN PENGENALAN KERJAYA GEOLOGI

Seremban, 13 Oktober 2018 - Satu lawatan lapangan telah diadakan di kawasan Bukit Kepayang, Seremban, Negeri Sembilan sempena memperkenalkan kerjaya geologi kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban.  Sekolah tersebut telah memilih kerjaya geologi sebagai kerjaya untuk dipertandingkan di Pertandingan Kerjaya Peringkat SBP 2018. Pertandingan tersebut akan diadakan di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat pada bulan November 2018 akan datang. 

Baca selanjutnya

WACANA SINAR HARIAN SECARA LANGSUNG YANG BERTAJUK ‘GEMPA BUMI DAN TSUNAMI: TERSELAMATKAH MALAYSIA’

WACANA SINAR HARIAN SECARA LANGSUNG YANG BERTAJUK ‘GEMPA BUMI DAN TSUNAMI: TERSELAMATKAH MALAYSIA’

SHAH ALAM, SELANGOR, 18 Oktober 2018 - Satu Wacana Sinar Harian secara langsung yang bertajuk ‘Gempa Bumi dan Tsunami: Terselamatkah Malaysia’ telah diadakan di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Wacana itu menampilkan pakar dari Pusat Geokejuruteraan Tropika (GEOTROPIK) UTM, Prof Dr Edy Tonizam Mohamad dan Prof Ir Dr Ramli Nazir dan Datuk Dr Mohd Rosaidi Che Abas, mantan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut hadir dalam wacana tersebut.

Baca selanjutnya

LAWATAN KERJA PENGARAH JMG NSM

LAWATAN KERJA PENGARAH JMG NSM

JELEBU, NEGERI SEMBILAN, 17 Oktober 2018 - Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM telah membuat lawatan kerja ke tapak penggerudian bagi Projek Penilaian Sumber Bahan Binaan di Bukit Batu Hangus, Jelebu, Negeri Sembilan. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau kemajuan pelaksanaan projek tersebut. Turut serta dalam lawatan ini adalah Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Encik Azizan Ali dan Timbalan Pengarah Unit Lombong dan Kuari, Encik Hairul bin Mohamed Shaharudin.

Baca selanjutnya

MAJLIS APRESIASI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

MAJLIS APRESIASI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, 16 Oktober 2018 - Satu Majlis Apresiasi Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada 16 Oktober 2018 di Hotel Klana Resort, Seremban. Majlis itu telah disempurnakan oleh YAB Tuan Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Pejabat JMG NSM turut menyertai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang dan Keceriaan Peringkat Negeri Sembilan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2018. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut hadir dalam majlis tersebut.

Baca selanjutnya

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH KENAIKAN PANGKAT GRED 54

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH KENAIKAN PANGKAT GRED 54

BERJAYA HILLS, PAHANG, 13 Oktober 2018 - Satu majlis ringkas Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat Gred 54 secara hakiki kepada pegawai-pegawai kanan JMG telah diadakan di Hotel Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG Malaysia. Majlis itu diadakan selepas saja tamat Mesyuarat Pemantauan Prestasi Kemajuan Projek Pembangunan Jabatan. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 12-13 Oktober 2018 dan dihadiri oleh Pengarah-pengarah JMG Negeri dan pengarah-pengarah kanan Jabatan.

Baca selanjutnya