Majlis Ikrar Bebas Rasuah

Majlis Ikrar Bebas Rasuah

Putrajaya, 27 Julai 2018 - Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) JMG telah diadakan di Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains. Sebelum majlis itu diadakan, satu taklimat berkaitan intergriti telah diberikan oleh seorang pegawai daripada SPRM.  Majlis IBR itu dihadiri oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah, Timbalan-Timbalan  Ketua Pengarah, pengarah kanan dan pengarah-pengarah JMG Negeri termasuk Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM. Pada sebelah petang, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan telah diadakan di tempat yang sama.

Baca selanjutnya

Sambutan Hari Bomba Sedunia 2018

Sambutan Hari Bomba Sedunia 2018

Seremban, 14 Julai 2018 - Satu Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2018 telah diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban. Majlis itu dihadiri oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, YAB Tuan Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta dif-dif kehormat dan para jemputan. Beberapa acara diadakan sempena majlis itu, antaranya perarakan anggota perbarisan dan perarakan jentera bomba. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri majlis itu.

Baca selanjutnya

Mesyuarat Pengarah Negeri Bil.2/2018

Mesyuarat Pengarah Negeri Bil.2/2018

Ipoh, 18 Julai 2018 - Mesyuarat Pengarah-pengarah JMG Negeri Bil. 2/2018 telah diadakan di Putrade Allsuite, Royal Perak Golf Club, Ipoh, Perak pada 17-18 Julai 2018. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua pengarah JMG Negeri termasuk Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM. Bersempena dengan mesyuarat tersebut, satu lawatan telah diadakan bagi melihat warisan kapal korek bijih timah (TT5) di Tanjung Tualang, Perak.

Baca selanjutnya

Majlis Penyampaian Watikah Jemputan Sukan Malaysia Ke-XIX Perak 2018

Majlis Penyampaian Watikah Jemputan Sukan Malaysia Ke-XIX Perak 2018

Seremban, 19 Julai 2018 - Satu Majlis Penyampaian Watikah Jemputan Sempena Sukan Malaysia Ke-XIX Perak 2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kenanga, Wisma Negeri, Negeri Sembilan. 

Majlis ini telah dihadiri oleh YAB Tuan Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, YB Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Tuan Haji Mohamad Taufek Bin Abd Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap Ketua Kontinjen SUKMA Negeri Sembilan, YB Tuan Howard Lee Chuan How, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Perak dan YBhg. Encik Loo Kum Zee, Ketua Kontinjen SUKMA Negeri Perak 2018. 

Baca selanjutnya

Perasmian Maahad Tahfiz Al Ammar dan Cadangan Pembangunan Air Mineral

Perasmian Maahad Tahfiz Al Ammar dan Cadangan Pembangunan Air Mineral

Rantau, 22 Julai 2018 - Satu Majlis Perasmian Maahad Tahfiz Al Ammar telah berlangsung di Kompleks Al Ammar, Kampung Kanchong, Rantau, Negeri Sembilan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang telah berkenan mencemar duli bagi merasmikan Maahad Tahfiz Al Ammar tersebut. Majlis itu turut dihadiri oleh YAB Tuan Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, YB Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan serta dif-dif kehormat dan para jemputan. Yayasan Al Ammar yang mengurus dan menyelia Kompleks Al Ammar bercadang untuk membangun air mineral di kawasan tersebut. JMG NSM memberi khidmat nasihat bagi tujuan tersebut. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM, Puan Dorsihah binti Mohamad Jais, Ketua Aktiviti Hidrogeologi dan En. Muhammad Nursafwan bin Mustafa, Pegawai Geosains turut serta menghadiri majlis itu.

Baca selanjutnya